Sunday, January 10, 2010
Seputih kapas..
Salam sejahtera dan salam kasih sayang. Semoga kita semua sentiasa di dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Melihat gugusan awan yang terletak di kaki langit teringat perjalanan lalu sekitar 2003-04. Masa tu pandu kereta bersendirian utk pulang ke rumah. Terbayang wajah Ain dan amani tentu mereka tidak sabar-sabar menanti ketibaan uminya. Masa inilah perjalananku diiringi awan gemawan yg sungguh indah, putih melepak bak kapas...indahnya ciptaan Allah swt. Berlatarkan langit yg kebiru-biruan menyejukkan mata memandangnya.Kini perjalanan ku akan diteruskan utk beberapa bulan lagi. Inilah perjuangan...namun kini ku sendiri lagi. Siti dan Zah telah tamat pengajian mereka. Hanya aku sahaja yg masih ketinggalan satu paper. Moga Allah sentiasa memberikan diri ini kekuatan utk menempuhnya. Ya Allah... permudahkanlah laluan ku dan bantulah aku yg keseorangan. Lalu ku teringat sebuah puisi yg ku temui di dalam majalah Haluan. Bukan ciptaan ku tetapi ia amat terkesan di hati ini. Marilah kita sama-sama menghayatinya.
AKU BUKAN BERSENDIRI
Di sini aku bersendiri
Mencari ilmu milik Ilahi
Tanpa keluarga di sisi
Tanpa teman yang memahami
Hanya sabar dan solat sebagai tiang di hati
Bertahun ku bersendiri
Mencari ilmu milik Ilahi
Tanpa bosan dan jauh hati
Kerana ku yakin janji-Mu ya Ilahi
Membuat ku terus tegak berdiri
Kini aku masih bersendiri
Mencari ilmu milik mu ya Ilahi
Berilah ku hati yang bersih berseri
Yang sedar dan meyakini
Aku bukan bersendiri
Aku punya Kau di sisi
Akhmad komarovich
pervilvbov@yahoo.com
Semuga ianya juga menjadi pendorong kepada sesiapa yg memerlukan.InsyAllah hingga ketemu lagi dilain ketika wsssalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment