Friday, September 24, 2010

Aku Datang Ya Allah....


Mari kita selesaikan masalah utama kita di dalam kehidupan ini dengan sebenarnya. Banyak cara yang kita belajar namun semuanya seolah-olah tidak mampu menyelesaikan masalah hidup kita.


Masalah utama adalah kita tidak pernah belajar atau mengajar bahawa sebelum beribadah, berdoa, melakukan pekerjaan dan memohon kepada Allah SWT ada sesuatu yang seharusnya kita perlu lakukan.


"Labbaik Allahumma Labbaik...Labbaika La Syarika Laka Labbaik...Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka"



Dalam segala hal termasuk ibadah kepada Allah SWT...yang utamanya adalah DATANG DAHULU KE ALLAH DENGAN PENUH KESEDARAN.



Ingin bersolatkah, berzikirkah, beribadah termasuk beraktivitikah, bekerjakah ....apa jua pun.....yang utama DATANG KE ALLAH....ATAU PERGI KE ALLAH...BERSUNGGUH-SUNGGUH. Pastikan yang datang/pergi ke Allah itu adalah DIRIMU YANG SEJATI iaitu dalam sedar penuh dan tertinggi.



Dirimu akan merasakan Allah akan menyambut kedatanganmu. Kamu akan berasa tenang. Apa yang kamu mohonkan akan dimakbulkan. Inilah syarat utama berdoa...syarat utama bersolat...syarat utama beribadah.



KAMU DATANG KE ALLAH. KAMU PERGI KE ALLAH. Bukan memanggilNya datang kepadamu kerana sesungguhNya Dia sangat dekat dengan dirimu.



Apa lagi yang kamu bimbangkan setelah kamu berada dekat denganNya? Apa lagi yang kamu ingin diamkan setelah kamu berjumpa denganNya? Apa lagi yang kamu tidak mahu memohon ketika kamu benar-benar rasa jelas dan nyata keberadaanNya?



Nah! apa lagi yang ingin dicari? Mengapa pening kepala untuk mengetahui cara doa yang dimakbul dengan cara yang menyusahkan. Apa lagi yang kamu ingin tahu untuk menerima khusyuk dengan Allah? Apa lagi yang kamu ingin tahu untuk kamu benar-benar redha dengan Allah?



Yang lain itu datang kemudian setelah kamu DATANG atau PERGI ke Allah. Jika kamu berzikir...zikirlah apa jua pun memuji Allah. Yang pertama dan utama...kamu DATANG KE ALLAH terlebih dahulu.



Solatlah apa pun jua..samada wajib atau sunat...samada siang atau malam...yang pertama dan utama...DATANGLAH KE ALLAH. Beribadahlah apa juapun...beraktiviti apa jua pun...pertama dan utama DATANGLAH ke ALLAH ....bersungguh-sungguh dengan dirimu yang sejati...dalam SEDAR PENUH KE ALLAH.



"ya Allah..aku datang ya Allah...aku datang ya Allah....terimalah kedatanganku ya Allah. Aku rindu kepadaMu ya Allah. Aku memerlukanMu ya Allah. Aku datang ya Allah. Maafkan aku kerana datang dengan masalah ya Allah. Aku datang dengan pelbagai hal ya Allah. Aku datang dengan permintaan ya Allah. Aku datang untuk memohon agar Kau ajari aku tentang hidup ini ya Allah. ya Allah..ajari aku ya Allah jalan yang terbaik ya Allah. Ajari aku jala yang lurus ya Allah. Ajari aku jalan yang manafaat ya Allah. Ajari aku jalan yang tidak menjadi murkaMu ya Allah. Ajari aku jalan yang bukan jalan yang sesat ya Allah. Ya Allah....terima kasih ya Allah..terima kasih ya Allah".



Inilah yang di bawakan di dalam ibadah solat...ibadah puasa...ibadah zakat..ibadah haji. DATANG KE ALLAH. ye datang ke Allah sepertimana Nabi Muhammad SAW sentiasa datang ke Allah. Datang bermakna sambung....silatun...iaitu SEDAR KUAT KE ALLAH.



Datang ke Allah bukanlah jasad yang datang tetapi kesedaran akan Allah itu kuat kukuh. Yang datang itu adalah jiwa, nafs, aku, diri yang sejati, ruh, hati.



Ketika datang...lafazkan dengan sungguh-sungguh doa di bawah..

"Labbaik Allahumma Labbaik...Labbaika La Syarika Laka Labbaik...Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka"

"Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu. Ya Allah aku penuhi panggilan-Mu. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, Rabb kebenaran"



Datanglah (sedar) ke Allah dengan bersungguh-sungguh. Bukan meminta Allah datang kepadamu kerana Allah SWT itu sangat dekat dengan dirimu. Datanglah..pergi kepadaNya...pergi dengan sebenar-benarnya...dirimu yang sejati itu yang pergi kepadaNya...pergi dengan bersungguh-sungguh....datang dengan jelas dan nyata keTuhanan Allah dan kehambaan dirimu. Keyakinanmu pasti akan terus meningkat dan kamu redha denganNya.

Sunday, September 19, 2010

Perjalanan ke Mersing dari Skudai


Assalammualaikum wt. wb..
Alhamdulilah bertemu semula setelah lama menyepi dek kesibukan menyambut aidil fitri. Setelah penat berhari raya kini tiba giliran pula untuk pulang ke destinasi masing-masing. Dikejutkan dengan berita kepulangan Murabbi yang dikasehi ke Rahamatullah. Semuga Allah menenpatkan beliau di Syurga Firdaus, ameen.

Kami hanya mampu menghadiah Al-Fatihan dari kejauhan ini. Muadz dan Husna belum boleh balik ke Kelantan kerana kereta masih dibaiki lagi. Sebelum raya telah dibaiki...mahal juga kosnya. Allah izin rosak lagi rupa-rupanya cina tersebut tidak tahu membaikinya dan harga yang mereka kenakan tersangat tinggi. Kesian anakku...habis duit rayanya...tuk baiki kereta je.Tertipu pulak tu...sabarlah semuga Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik. Kalau perkara ini tidak berlaku tidaklah kita tahu kita telah tertipu. Inilah kehidupan yang mengejar kebendaan dan tidak takut pada Hari Pembalasan. Semuga kita semua dijauhkan oleh Allah dari sifat-sifat seperti ini.

Lebih kurang pukul 3 lebih mereka bertolah balik ke Kelantan. Alhamdulilah telah selamat sampai pun di Kelantan. Barulah lega melepaskan anak-anak balik setelah dipastikan kereta tersebut betul-betul soleh.

Kini tiba pula giliran untuk menghantar Maryam balik ke asramanya di Mersing. Bertolak petang itu juga.Singgah sebentar membeli piza buat santapan berbuka di dalam kereta. Terlupa pulak nak bawa kurma. Makanlah kami lima beranak piza tu..(buatan orang kampung) sedap dan lazat. Tengah lapar, alhamdulilah ada juga rezeki untuk dimakan.

Kami merancang untuk ke Linggu dahulu bermalam di rumah pakcik. Semasa perjalanan sempat berhari raya di rumah Mak Mon dan Pakcik Subahir. Pakcik Subahir telah boleh berjalan tetapi matanya tidak berapa terang. Terharu gek bila pakcik bertanyakan "mana chomil.. dengar suaranya je.." Ingat gek pakcik Subahir pada saya. Semoga Allah sentiasa merahmati pacik dan keluarganya, ameen.

Perjalanan diteruskan dengan destinasi seterusnya ke rumah Kak Salmah Salleh dan anak saudara suami. Tiba di rumah pakcik sekitar pukul 11 malam. Sesuai untuk tidur. Pakcik dan menantunya belum balik masih pergi "Merhaban".Sekitar puklu 12 malam baru Cik Rim balik. Saya, Cik Rim dan Cik Yah berbual-bual hal keluarga di dapur. Selepas mengemaskan tempat tidur sambung lagi cerita dengan Cik Yah. Sekitar pukul 1.30 pagi baru dapat melelapkan mata. Azan subuh membangunkan saya dan suami. Kami sekeluarga menunaikan solat subuh bersama.

Seterusnya ke Skudai untuk bertemu dengan angah. Seronok sungguh dapat bertemu dengan angah. Angah jamu biskut raya rangup dan sedap. Banyak saya makan. Katanya biskut tu d perlis setiap rumah ada ...wah..cam ni kena tanya umi dia apa nama biskut itu dan resepinya sekali. Kami juga dijamu dengan badam berkulit. Keras betul kulitnya terpaksa diketuk dengan anak lesung. Selepas itu kami pergi berhari raya ke rumah kak Wana dan Ummu Anas, melepas rindu....

Usai solat zohor kami bertolak ke Mersing. Suami bertanya "nak ikut jalan tadi lagi ke? Ye le...mana tau jalan lain..." Jawab saya. Jadi dengan yakin teruslah berjalan rupa-rupanya tersalah masuk link. Teruskan juga cuma didalam hati berharap agar Allah permudahkan. Alhamdulilah betul-betul Allah permudahkan.Lain yang dirancang lain yang Allah tentukan dan lebih baik rupa-rupanya perancangan Allah swt. Mulanya kami nak patah balik ke Skudai dan ke Mersing lalu jalan Kulai tetapi lain pula yang Allah tentukan. Akhirnya kami sampai juga ke simpang untuk menuju ke Mersing. Walhal sebelum itu...kami tersesat dan banyak kali juga tersalah masuk jalan akhirnya Allah permudahkan.

Maka kami pun lalulah jalan yang kami telah lalui sebelum ini lebih kurang 3 kali termasuk kali ini. Di tengah-tengah perjalanan terasa sangat-sangat hendak membuang air kecil.Aduh sakitnya menahan tidak bertemu setesen minyak atau pun masjid. Bukan saya seorang rupa-rupanya suami pun terasa nak membuang air kecil. Ya Allah...kat mana nak buang air kecil...di tempat sebegini. Ya Allah pertemukanlah dengan tempat untuk membuang air detik hati kecilku. Tidak berapa lama kemudian ternampaklah kubah surau kecil berwarna emas di atas bukit di sebelah kanan kami. Lalu suami pun membelokkan kereta ke surau tersebut.Alhamdulilah bila ingat dan meminta kepada Allah, segera juga Allah beri.Itulah kasih sayang Allah swt jadi sentiasalah meminta-minta kepada Allah swt. Allah swt berkata, memintalah kepadanya nescaya Ia makbulkan. Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allahs swt.

Itulah secebis kisah berhari raya sambil ziarah anak sahabat untuk dipertemukan dengan sahabat dan sekaligus menghantar Maryam balik ke Mersing. Nampak-nampaknya tidaklah dapat hendak beraya ke Air Tawar 2 dan 1 le tahun ni.Semoga tahun depan berkesempatan insyAllah. Harapan agar segala yg dilakukan dan dilalui sepanjang Ramadhan yang lalu dapat benar-benar membantu untuk menghadapi segala-galanya hingga bertemu Ramadhan tahun depan, insyAllah.

Ya Allah... terimalah segala amalan kami dan rahmatilah kami semnuanya.
Ya Allah... jauhilah kamu dari segala maksiat.
Ya Allah... jagalah hati-hati kami
Ya Allah... siamilah hati-hati kami dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu...
Ya Allah... padaMu jua kami pohonkan, ameen....