Sunday, September 19, 2010
Perjalanan ke Mersing dari Skudai
Assalammualaikum wt. wb..
Alhamdulilah bertemu semula setelah lama menyepi dek kesibukan menyambut aidil fitri. Setelah penat berhari raya kini tiba giliran pula untuk pulang ke destinasi masing-masing. Dikejutkan dengan berita kepulangan Murabbi yang dikasehi ke Rahamatullah. Semuga Allah menenpatkan beliau di Syurga Firdaus, ameen.
Kami hanya mampu menghadiah Al-Fatihan dari kejauhan ini. Muadz dan Husna belum boleh balik ke Kelantan kerana kereta masih dibaiki lagi. Sebelum raya telah dibaiki...mahal juga kosnya. Allah izin rosak lagi rupa-rupanya cina tersebut tidak tahu membaikinya dan harga yang mereka kenakan tersangat tinggi. Kesian anakku...habis duit rayanya...tuk baiki kereta je.Tertipu pulak tu...sabarlah semuga Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik. Kalau perkara ini tidak berlaku tidaklah kita tahu kita telah tertipu. Inilah kehidupan yang mengejar kebendaan dan tidak takut pada Hari Pembalasan. Semuga kita semua dijauhkan oleh Allah dari sifat-sifat seperti ini.
Lebih kurang pukul 3 lebih mereka bertolah balik ke Kelantan. Alhamdulilah telah selamat sampai pun di Kelantan. Barulah lega melepaskan anak-anak balik setelah dipastikan kereta tersebut betul-betul soleh.
Kini tiba pula giliran untuk menghantar Maryam balik ke asramanya di Mersing. Bertolak petang itu juga.Singgah sebentar membeli piza buat santapan berbuka di dalam kereta. Terlupa pulak nak bawa kurma. Makanlah kami lima beranak piza tu..(buatan orang kampung) sedap dan lazat. Tengah lapar, alhamdulilah ada juga rezeki untuk dimakan.
Kami merancang untuk ke Linggu dahulu bermalam di rumah pakcik. Semasa perjalanan sempat berhari raya di rumah Mak Mon dan Pakcik Subahir. Pakcik Subahir telah boleh berjalan tetapi matanya tidak berapa terang. Terharu gek bila pakcik bertanyakan "mana chomil.. dengar suaranya je.." Ingat gek pakcik Subahir pada saya. Semoga Allah sentiasa merahmati pacik dan keluarganya, ameen.
Perjalanan diteruskan dengan destinasi seterusnya ke rumah Kak Salmah Salleh dan anak saudara suami. Tiba di rumah pakcik sekitar pukul 11 malam. Sesuai untuk tidur. Pakcik dan menantunya belum balik masih pergi "Merhaban".Sekitar puklu 12 malam baru Cik Rim balik. Saya, Cik Rim dan Cik Yah berbual-bual hal keluarga di dapur. Selepas mengemaskan tempat tidur sambung lagi cerita dengan Cik Yah. Sekitar pukul 1.30 pagi baru dapat melelapkan mata. Azan subuh membangunkan saya dan suami. Kami sekeluarga menunaikan solat subuh bersama.
Seterusnya ke Skudai untuk bertemu dengan angah. Seronok sungguh dapat bertemu dengan angah. Angah jamu biskut raya rangup dan sedap. Banyak saya makan. Katanya biskut tu d perlis setiap rumah ada ...wah..cam ni kena tanya umi dia apa nama biskut itu dan resepinya sekali. Kami juga dijamu dengan badam berkulit. Keras betul kulitnya terpaksa diketuk dengan anak lesung. Selepas itu kami pergi berhari raya ke rumah kak Wana dan Ummu Anas, melepas rindu....
Usai solat zohor kami bertolak ke Mersing. Suami bertanya "nak ikut jalan tadi lagi ke? Ye le...mana tau jalan lain..." Jawab saya. Jadi dengan yakin teruslah berjalan rupa-rupanya tersalah masuk link. Teruskan juga cuma didalam hati berharap agar Allah permudahkan. Alhamdulilah betul-betul Allah permudahkan.Lain yang dirancang lain yang Allah tentukan dan lebih baik rupa-rupanya perancangan Allah swt. Mulanya kami nak patah balik ke Skudai dan ke Mersing lalu jalan Kulai tetapi lain pula yang Allah tentukan. Akhirnya kami sampai juga ke simpang untuk menuju ke Mersing. Walhal sebelum itu...kami tersesat dan banyak kali juga tersalah masuk jalan akhirnya Allah permudahkan.
Maka kami pun lalulah jalan yang kami telah lalui sebelum ini lebih kurang 3 kali termasuk kali ini. Di tengah-tengah perjalanan terasa sangat-sangat hendak membuang air kecil.Aduh sakitnya menahan tidak bertemu setesen minyak atau pun masjid. Bukan saya seorang rupa-rupanya suami pun terasa nak membuang air kecil. Ya Allah...kat mana nak buang air kecil...di tempat sebegini. Ya Allah pertemukanlah dengan tempat untuk membuang air detik hati kecilku. Tidak berapa lama kemudian ternampaklah kubah surau kecil berwarna emas di atas bukit di sebelah kanan kami. Lalu suami pun membelokkan kereta ke surau tersebut.Alhamdulilah bila ingat dan meminta kepada Allah, segera juga Allah beri.Itulah kasih sayang Allah swt jadi sentiasalah meminta-minta kepada Allah swt. Allah swt berkata, memintalah kepadanya nescaya Ia makbulkan. Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allahs swt.
Itulah secebis kisah berhari raya sambil ziarah anak sahabat untuk dipertemukan dengan sahabat dan sekaligus menghantar Maryam balik ke Mersing. Nampak-nampaknya tidaklah dapat hendak beraya ke Air Tawar 2 dan 1 le tahun ni.Semoga tahun depan berkesempatan insyAllah. Harapan agar segala yg dilakukan dan dilalui sepanjang Ramadhan yang lalu dapat benar-benar membantu untuk menghadapi segala-galanya hingga bertemu Ramadhan tahun depan, insyAllah.
Ya Allah... terimalah segala amalan kami dan rahmatilah kami semnuanya.
Ya Allah... jauhilah kamu dari segala maksiat.
Ya Allah... jagalah hati-hati kami
Ya Allah... siamilah hati-hati kami dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu...
Ya Allah... padaMu jua kami pohonkan, ameen....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment