Thursday, May 5, 2011

Sunday, February 13, 2011

KOREKSI DIRI


Assalammualaikum...
Alhamdulilah anak-anak kita bersua kembali di arena ini. Semuga pertemuan ini menambaheratkan lagi ukhwah antara hati-hati kita hanya senya kerana Allah swt jua.

Apa yang ibu ingin perkatakan adalah mengenai sesuatu yang sering kali kita perkatakan iaitu "Medan Cakap tidak sama dengan medan buat" tetapi di sini ibu mengambil bahan penyampaian dari Ummu Anas marilah sama-sama kita teliti dan hayatinya.

Agar dengan penelitian dan perkongsian ini kita dapat membina diri kita menjadi pewaris generasi yang akan atau hampir pupus ini. Tidak ada yang kekal selama-lamanya di dunia ini hanya Allah swt semata-mata.

Anak-anak yang di kasehi sekelian,
Setiap tutur kata ibu yang dianggap sebagai leteran kelak satu masa kamu akan merasainya bahawa ia adalah satu peringatan yang amat berguna.

Pandangan matanya yang tajam bak panahan panah adalah satu amaran untuk mengelakkan kamu dari di jilat oleh kepanasan api neraka.

Marilah kita hayati apa yang Ummu Anas ingin kongsikan bersama-sama agar kelak hasilnya kita akan bahagia di sini dan di sana, ameen...

Pemuda-pemudi Islam yang dikasihi kerana Allah!

Sentiasalah memperkemas iman dan taqwa supaya rasa malu dan takut dapat mengawal jiwa. Serentak qalbu bersih daripada sebarang keingkaran. Qalbu yang suci bersih akan sentiasa merasa malu untuk bertindak di luar batasan Islam. Sama ada terang-terangan maupun tersembunyi. Malu terhadap Allah mengatasi malu kepada manusia. Dengan itu akan mudah memelihara diri daripada desakan nafsu dan bisikan syaitan.

Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:

• Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.

• Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.

• Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.

• Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.

• Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.

• Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.

• Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.

• Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.

• Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.

• Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.

Begitulah anak-anakku,
Hakikatnya, muhasabah diri mesti berlangsung setiap saat dalam denyutan nadi kita. Tidak hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dengannya jiwa kita bebas dari belenggu yang mematikan semangat dan merosakkan qalbu. Nantinya jelas terpancar dalam raut wajah dan tindakkan tanda-tanda hati suci bersih. Medan amal tidak sama dengan medan cakap, oleh itu sentiasa kita minta pertolongan Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana hati-hati kta sentiasa di ganggu dengan runtutan hawa nafsu yang inginkan kerehatan, bisikan-bisikan syaitan dan suasana luaran yang kurang contoh-contoh ikutan yang menjurus semuanya hanya kerana Allah semata-mata.
Marilah sama-sama kita lakukannya agar segala perubahan yang berlaku itu adalah tutunan dari Allah swt jua.

Semuga Allah mempertemukan kita lagi, InsyAllah.