Assalammualaikum anak-anak yg dikasehi kerana Allah swt. jua.
Kamu semua telah pulang ke tempat masing-masing, pesan mak pandai-pandai le jaga hati dan pereratkan hubungan dgn Allah swt.Mak dan ayah jauh di mata...tetapi Allah sentiasa dekat dgn hamba-hambanya. Semuga kita sentiasa dapat merasainya. Jagalah hubungan ini dgn meningkatkan amal-amal kita. Bacalah Al-quraan, zikir mathurat dan jaga solat. Semuga solat kita punya rohnya dan mampu menghidupkan hati kita. Jika mampu puasa sunat cuba-cubalah buat. Hati yg hidup membawa keceriaan dan ketenangan dlm hidup kita, insayAllah. Ketika lapang dan keseorangan zikir-zikirlah selalu. Mudahnya utk bina hubungan intim dgn Allah. Hadis pun ada mengatakan jika kita ingat Allah dgn berjalan Allah akan dtg kepada kita dgn berlari...bayangkan betapa kasihnya Allah kepada kita.
Buat Yam, Selamat Hari Lahir yg baru berlalu. Kek mak dah buatkan.Alhamdulilahlah, Allah beri kekuatan utk buat kek tu. Masa terus berlalu semoga kita sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat kat pencipta kita.Doa mak utk anak-anak..semuga menjadi anak-anak yg sentiasa ingatkan Allah dan sentiasa mengambil Al-quraan sebagai penglipurlara semasa kegelisahan dan tika kesunyian.Amin...
Salam sayang dari mak dan ayah.
No comments:
Post a Comment