Friday, January 1, 2010

Perjalanan...


Bismillah....
Alhamdulilah berkesempatan jua untuk mencoretkan sedikit di sini.Lama juga tak 'updatekan" blog ni..bukan apa terdapat beberapa pertembungan maka terpaksa mengalah le..dgn anak-anak. seperti yg dirancangkan 25 dec 09 dapatlah juga kami sekeluarga pergi menlancong ke Shah Alam menginap semalam di rumah sepupu dapat le rasa ulam dan kari kelantan lazatnya.Sememangnya Liza pandai memasak.Ini lah berkat didikan ibu semasa kecil-kecil dulu.Hajat nak ke flet San Peng tetapi semuanya dah kepenatan tak le dapat. InsyAllah lain masa kelak.
Keesokan paginya bertolak le kami sekeluarga ke Bidor.Taklah jauh lebihkurang 2 jam lebih sedikit kami tiba le ke kampung Langkap. Jalannya kecil sebab kami lalu dipesisiran sawah padi.Tak terduga, Kak Sham tinggal di Kg. Langkap rupa-rupanya dikelilingi sawah padi.Nun..menghijau....nampak le lumpur di sawah. Terdetik di hati mampu ke jika saya turun ke sawah penuh dgn lumpur...Tak dapat nak dibayangkan.
Perjalanan ke kampung Langkap kami jumpa papan tanda 'pelik' nama tempat Chiucak dan Chikus apa maknanya pun tak sempat nak bertanya pd mak Sham.
Terharu gak.. lama benar tak bertemu..ye le..muadz pun dah besar panjang dulu masa mak Sham jaga muadz masih kecil.Akhirnya tercapai juga hajat kami utk bertemu mak Sham pengasuh muadz.Moga dipanjangkan umur dan baik amalanya..amin.
Kami sekeluarga tidak menginap di Langkap petang tu juga kami bertolak balik ke Muar. Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah kak emah di Shah Alam. Kesian kak emah baru sampai dr Johor menziarahi anaknya.Lepas tu hendak ke utara pula hantar anak dan ambil menantunya yg hendak bersalin anak sulung.Bakal mendapat cucu sulung le..Semuga selamat melahirkan.Di rumah kak emah kami pun turunkan le berkat yg dibekalkan mak sham rupa-rupanya ada rendang tok. Akhirnya dapatlah juga merasa rendang tok.Noreha aqiqah seekor lembu.rezeki dino le..Masa di Muar dino, nasir masih kecil lagi la ni dah ada anak, anak-anak mak sham dah berumahtangga semuanya. Lin dulu-dulu belajar lagi diUM, aha diUTM, azah sek Mahaad Muar dan nasir & dino kecil lagi. Cepatnya masa berlalu...

No comments:

Post a Comment