Wednesday, January 6, 2010
Salam sejahtera...semuga kita semua sentiasa dilimpahi dgn kasih sayang Allah swt. Hari ini rumah ini betul-betul sunyi.Selalunya berebut laptop, dengar suara-suara katun, dan modem sentiasa menyala. Apis yg terakhir pulang kekampusnya. Petang cuba buat panggilan tak bersambut. Setengah jam kemudian dia pulak buat panggilan "baru tiba kat rumah sewa katanya".
Sayunya terasa..kena ingatkan diri beginilah agaknya dulu yg dirasai oleh ibu mertuaku bila anak-anak semua pulang ke rumah masing-masing setelah seminggu berkampung dirumahnya utk sambut raya.Ya le..semuanya Allah beri pinjam...moga kita dapat menghargainya semasa Allah beri pinjam.Ya...Allah terima kasih di atas segala pemberian Mu...sebuah kehidupan yg indah dan bahagia semuga dapat dirasai hingga ketemu dgn MU kelak, amin....
Harapan tahun ini moga kami dapat menjadi tetamuMu yg teristemewa.Panggillah kami Ya Allah. Sayunya hati ini, harapan dan doa kami panjatkan pd Mu Ya Robb Tuhan sekelian alam. Kasih dan sayang Mu moga kami sentiasa merasainya. Jadikanlah kami hambamu yg serba sederhana dlm segalanya.
Keletihan..terdengar berita sahabat seIslam kita di Plastein terus dikepung dan diancam. Jahatnya puak Zionis. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di sana. Ya Allah perkuatkanlah tautan hati-hati kami dlm mencari redaMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment