Thursday, July 15, 2010
Sekolah Baru.
Assalammualaikum...
Alhamdulilah...bersyukur kehadrat Allah swt jua hanya pd Mu jua ku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana di hidupkan semula setelah kematian kecil-tidur.
Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua.
Pagi ini cuaca agak dingin Allah beri hujan, sejak kebelakangan ini sering hujan.
Jika hujan waktu pagi begini ibu menghadapi masalah silau.Lampu pada kereta akan memantulkan cahaya ke jalan..oh...silaunya...Mudah-mudahan cepatlah dapat pindah balik ke Muar. Penantian untuk pindah telah berlalu sebulan. Wahai hati..dan diri sabarlah moga ada rahmat disebalik kelewatan itu.
Masa berlalu dengan amat pantas sekali.Diam tak diam telah 5 bulan berlalu ibu meredah perjalanan yang jauh dan berliku antara sekolah dan rumah. Kini mula rasa sayang pada anak-anak didik. Keadaan di kelas pun telah agak selesa. Sesekali bertukar suasana sememangnya banyak yang ditimba berjumpa guru-guru baru yang berbagai ragam, murid -murid baru dan pengalaman baru. Sememangnya menyeronokkan dan rasa bersemangat. Tetapi apabila terpaksa meredah perjalanan yang jauh dan agak merbahaya menyebabkan diri ini patah semangat. Semua kerja-kerja di sekolah tidaklah bermasalah sangat. Malahan kini banyak kemudahannya, masa mnengajar dikurang ialah sebagai Guru Penolong Kanan bolehlah dikatakan sebagai guru besar Pendidikan Khas, tentulah ada kemudahahn yang disediakan sebagai ketua katakanlah.
Masalahnya perjalanan yang jauh terpaksa ibu tempuhi, penuh dgn 1001 macam kerenah di jalanan.Inilah penyebab utama mengapa ibu terpaksa meletakkan jawatan ini. Adalah juga beberapa masalah dgn GB tetapi tak perlulah utk diceritakan, biarlah ia menjadi satu pengalaman diri buat sempadan agar kelak bila kita berada di atas bagaimana sepatutnya kita perlu bertindak.
Sememangnya pengalaman hidup adalah lembaran-lembaran tarbiah yg Allah beri kepada kita secara tidak langsung. Penuh dengan ujian dan cabaran. Allah hendak melihat hamba-hambanya supaya sentiasa meminta dan mengharap kepadaNya sahaja. Sebagaimana seperti cerita berikut.
Dialog antara Allah swt dengan malaikat."Wahai Allah mengapa si fulan itu kamu tidak meperkenankan doanya, telah lama benar dia berdoa dan meminta kepada MU". Lalu jawab Allah swt "Aku suka mendengar si fulan itu merayu-rayu dan meminta kepada Ku, jika aku memperkenankan doanya kelak ia tidak lagi meminta kepada Ku". Subahanallah, Maha Suci Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lihatlah Allah suka melihat hamba-hambanya meminta dan mengharap hanya kepadNya sahaja. Marilah sama-sama kita memeriksa diri kita sejauhmanakah pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah swt.
Anak-anak penyejuk hati ayah dan ibu sekelian.
Sebenarnya semasa ibu sambung belajar setahun yang lalu, ibu Allah beri kekuatan mudah untuk bangun malam terutama apabila menjelang peperiksaan. Selepas habis belajar keadaan itu agak longgar kerana ketika itu keadaan telah agak selesa kerana telah habis belajar.Biasalah kita bila diuji oleh Allah dengan kepayahan barulah kita akan mengharap kepada Allah jua.
Hinggakah pada awal tahun ini ibu dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah ke sekolah baru yang lebih kurang 45 km jaraknya dari rumah. Meredah kegelapan malam dan mengharungi kesiluan lampu-lampu kereta di jalanan. Ini adalah antara kepayahan yang terpaksa dilalui.Kesabaran dan keikhlasan diri amat-amat teruji. Cukup tidak selesa jiwa ini. Puas dipujuk agar redha dan sabar. Sekolah lama hanya terletak di depan rumah, ke sekolah dengan motor lebih kurang 5 minit telah sampai ke sekolah.Bayangkanlah berapa jauhnya perjalanan yang terpaksa ditempuh kini.Akhirnya ibu memujuk hati agar meminta-minta sungguh-sungguh kepada ALlah. Ya sebagaimana firman Allah:"Mintalah kepada Allah dengan solat dan sabar".
Kini ibu merasa tenang dan reda dengan ketentuannya. Di sepanjang perjalanan yang jauh menjadikan ibu sentiasa berbisik di dalam hati memohon pertolongan Allah swt. "Wahai Allah selamatkan daku semasa di jalanan dan selamatkan daku untuk pulang ke rumah". Jika ada bas atau kenderaan besar menghalang perjalanan untuk memotongnya memang sukar lebih-lebih lagi gelap hanya nampak cahaya lampu dari kenderaan yang bertentangan. Lalu ibu bisikan di dalam hati, "Wahai Allah berilah aku kemudahan untuk memotong kenderaan tersebut". Alhamdulilah beberapa minit kemudian Allah beri ibu kemudahan untuk memotong kenderaan tersebut. Apabila melepasi sahaja kenderaan tersebut ibu bisikan lagi "Terima kasih Allah". Itulah antara dialog-dialog hati ibu memohon kepada Allah, Robb sekelian alam ini.
Di tempat baru tentulah permulaannya semua baru. Ibu sangat-sangat merasa kehilangan seorang kawan yang solehah. Terasa sunyi dan sangat terasing. Akhirnya ibu luakhan kesunyian dan kesepian ini kepada ALlah "Wahai Allah aku kesepian dan kesunyian, tanpa teman maka dampingilah aku Allah, temanilah aku ALlah dan lindungilah aku Allah dari melakukan kesilapan. Bimbinglah aku Allah dan berikanlah aku idea untuk mengajar anak-anak didikku". Alhamdulilah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini ibu tidaklah kesepian dan kini Allah beri idea yang berbagai untuk mendidik murid-murid khas ini. Berbeza jika dibandingkan dengan sekolah lama.
Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat ibu kongsikan bersama. Semuga ianya dapat menjadikan kita agar lebih erat lagi hubungan hati kita dengan Allah swt. Marilah kita sama-sama membina jambatan hati agar kita dapat menjalin hubungan yang lebih erat dengan Allah swt. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita, insyAllah.
InsyAllah hingga bertemu lagi di lain masa dan ketika sambutlah salam penuh kasih sayang dari kejauhan ini. Semuga sentiasa dekat di hati kerana Allah jua, ameen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment