Saturday, July 17, 2010

Kata-kata Saidina Ali


Assalammualaikum..
Menemui kembali anak-anakku yang dikasehi kerana Allah swt jua.
Di sini ibu hendak kongsikan bersama bahan tarbawi yg di dapati dari fcb. Ibu suka sekali dgn artikel ini, jadi ibu nak abadikan di sini agar bila ke blog ini nanti dapat membacanya selalu.

Petikan Kata-kata Saidina Ali:

1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'

2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia

3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya

4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'

5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi

6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki

7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan

8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.


• Mulakan harimu dengan zikirullah
• Mulakan solatmu dengan a`uzubillah
• Mulakan doamu dengan alhamdulillah
• Mulakan kerjamu dengan bismillah
• Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah
• Mulakan taubatmu dengan keinsafan
• Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah
• Mulakan keazamanmu dengan restu Allah
• Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah
• Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah
• Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengakhiran yang mulia

"Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan.

Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam sejarah kemanusiaan.

Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang merubah corak pemikiran dunia."

Semuga bahan ini menjadi bahan mentarbiah kita dalam meneliti solat-solat yang kita lakukan setiap hari. Semuga solat-solat yang dilakukan penuh dengan penghayatan dan hati kita pun sama hadir.
sekian salam penuh kasih sayang wassalam.

1 comment: