Friday, July 23, 2010
Bismillah....
Assalammualaikum...
Salam penuh kasih sayang mengunjungi kalian anak-anak tercinta...
Di sini ibu ingin kongsikan bersama apa yg didapati dr fcb ibu agar iannya datap memberikan sedikit sentuhan kepada hati kita semua.
>>HAYATI RAHSIA DI SEBALIK BASMALLAH....<<
Ucapan BASMALLAH berasal daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar-Rahman ar-Rahim. Ayat ini biasa diertikan dengan “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Basmallah merupakan satu daripada tiga bahagian al-Quran. Dua bahagian yang lainnya adalah surah al-Fatihah dan isi al-Quran itu sendiri secara keseluruhan yang berjumlah 113 surah, dari surah al-Baqarah sampai surah an-Nas.
Atas dasar pembahagian itu, maka ada mufassir dan ulama yang menyebut basmalah sebagai ayat tunggal. Jika surah al-Fatihah disebut oleh para mufassir dan ulama sebagai intisari al-Quran, maka basmalah disebut sebagai intisari al-Fatihah. Dengan demikian dalam ayat basmalah terkandung intisari al-Quran.
Setiap pekerjaan yang baik, sunat dimulai dengan membaca basmallah. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan basmalah adalah kurang berkat.”
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apabila hamba-Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama-Ku, maka menjadi kewajiban-Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku-berkati seluruh keadaannya.”
Ada ulama yang berpendapat bahawa basmallah bukan bahagian daripada surah al-Fatihah, melainkan ayat tersendiri. Kerana itu, di Mekah dan Madinah, imam yang mengetuai solat tidak membaca basmalah ketika membaca al-Fatihah. Pendapat itu didasarkan kepada riwayat Imam Malik bahawa para sahabat Nabi s.a.w tidak membaca basmalah ketika membaca surah al-Fatihah.
Pandangan serupa dikemukakan Imam Abu Hanifah yang menilai sahih beberapa hadis yang memberitakan bahawa Nabi s.a.w dalam mengerjakan solat tidak mendengar membaca basmalah. Pandangan yang kemudian dianut secara rasmi oleh Mazhab Hanafi adalah bahawa basmalah boleh dibaca dalam solat tetapi tidak dengan suara nyaring.
Sebahagian ahli tafsir, seperti Ibrahim al-Biqa’i, menyatakan bahawa huruf-huruf dalam basmallah yang berjumlah 19 itu memiliki rahsia tersendiri. Di antaranya adalah sebagai simbol penghindaran seseorang daripada ancaman para penjaga neraka yang menurut al-Quran jumlahnya 19 malaikat (al-Muddaththir: 30).
Dengan demikian, jika kita sering membaca basmalah, kita akan terhindar daripada azab neraka. Ucapan untuk menolak perkara yang buruk, iaitu la haula wa la quwwata illa bi Allah, juga terdiri daripada 19 huruf
Ketika membaca surah-surah dalam al-Quran, dianjurkan untuk memulainya dengan basmalah, kecuali membaca surah at-Taubah. Basmallah pada surah at-Taubah dibaca di tengah surah atau beberapa ayat setelah ayat pertama. Hal ini kerana surah at-Taubah berisi kemarahan Tuhan dan pernyataan perang kaum muslim terhadap orang-orang musyrik, sedangkan bacaan basmalah mengandung perdamaian dan cinta kasih Allah s.w.t.
Pendapat lain mengatakan bahawa para sahabat tidak dapat memastikan apakah surah at-Taubah merupakan surah tersendiri, atau bahagian daripada surah al-Anfal. Pemisahan yang kemudian dilakukan menjadi surah sendiri adalah hasil kompromi para mufassir ketika penyusunan mushaf Uthmani.
Semuga kita dapat mengamalkannya. Biarlah sedikit yg kita dapat tetapi kita dapat berterusan mengamalkannya insyAllah lama kelamaan akan banyak juga bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit..cam Bukit Uhud ke...insyAllah.Sebenarnya coretan ini ibu abadikan dlm blog ini agar ibu boleh berulang-ulang membacanya. Sekian semuga bisa ketemu lagi di lain masa insyAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment