Friday, July 23, 2010

Bismillah....


Assalammualaikum...
Salam penuh kasih sayang mengunjungi kalian anak-anak tercinta...
Di sini ibu ingin kongsikan bersama apa yg didapati dr fcb ibu agar iannya datap memberikan sedikit sentuhan kepada hati kita semua.

>>HAYATI RAHSIA DI SEBALIK BASMALLAH....<<

Ucapan BASMALLAH berasal daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar-Rahman ar-Rahim. Ayat ini biasa diertikan dengan “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Basmallah merupakan satu daripada tiga bahagian al-Quran. Dua bahagian yang lainnya adalah surah al-Fatihah dan isi al-Quran itu sendiri secara keseluruhan yang berjumlah 113 surah, dari surah al-Baqarah sampai surah an-Nas.


Atas dasar pembahagian itu, maka ada mufassir dan ulama yang menyebut basmalah sebagai ayat tunggal. Jika surah al-Fatihah disebut oleh para mufassir dan ulama sebagai intisari al-Quran, maka basmalah disebut sebagai intisari al-Fatihah. Dengan demikian dalam ayat basmalah terkandung intisari al-Quran.


Setiap pekerjaan yang baik, sunat dimulai dengan membaca basmallah. Hal ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan basmalah adalah kurang berkat.”


Dalam sebuah hadis qudsi, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apabila hamba-Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama-Ku, maka menjadi kewajiban-Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku-berkati seluruh keadaannya.”


Ada ulama yang berpendapat bahawa basmallah bukan bahagian daripada surah al-Fatihah, melainkan ayat tersendiri. Kerana itu, di Mekah dan Madinah, imam yang mengetuai solat tidak membaca basmalah ketika membaca al-Fatihah. Pendapat itu didasarkan kepada riwayat Imam Malik bahawa para sahabat Nabi s.a.w tidak membaca basmalah ketika membaca surah al-Fatihah.


Pandangan serupa dikemukakan Imam Abu Hanifah yang menilai sahih beberapa hadis yang memberitakan bahawa Nabi s.a.w dalam mengerjakan solat tidak mendengar membaca basmalah. Pandangan yang kemudian dianut secara rasmi oleh Mazhab Hanafi adalah bahawa basmalah boleh dibaca dalam solat tetapi tidak dengan suara nyaring.


Sebahagian ahli tafsir, seperti Ibrahim al-Biqa’i, menyatakan bahawa huruf-huruf dalam basmallah yang berjumlah 19 itu memiliki rahsia tersendiri. Di antaranya adalah sebagai simbol penghindaran seseorang daripada ancaman para penjaga neraka yang menurut al-Quran jumlahnya 19 malaikat (al-Muddaththir: 30).


Dengan demikian, jika kita sering membaca basmalah, kita akan terhindar daripada azab neraka. Ucapan untuk menolak perkara yang buruk, iaitu la haula wa la quwwata illa bi Allah, juga terdiri daripada 19 huruf


Ketika membaca surah-surah dalam al-Quran, dianjurkan untuk memulainya dengan basmalah, kecuali membaca surah at-Taubah. Basmallah pada surah at-Taubah dibaca di tengah surah atau beberapa ayat setelah ayat pertama. Hal ini kerana surah at-Taubah berisi kemarahan Tuhan dan pernyataan perang kaum muslim terhadap orang-orang musyrik, sedangkan bacaan basmalah mengandung perdamaian dan cinta kasih Allah s.w.t.

Pendapat lain mengatakan bahawa para sahabat tidak dapat memastikan apakah surah at-Taubah merupakan surah tersendiri, atau bahagian daripada surah al-Anfal. Pemisahan yang kemudian dilakukan menjadi surah sendiri adalah hasil kompromi para mufassir ketika penyusunan mushaf Uthmani.

Semuga kita dapat mengamalkannya. Biarlah sedikit yg kita dapat tetapi kita dapat berterusan mengamalkannya insyAllah lama kelamaan akan banyak juga bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit..cam Bukit Uhud ke...insyAllah.Sebenarnya coretan ini ibu abadikan dlm blog ini agar ibu boleh berulang-ulang membacanya. Sekian semuga bisa ketemu lagi di lain masa insyAllah...

Saturday, July 17, 2010

Khyusuk Dalam Solat


Assalammualaikum...
Anak-anakku sekelian.
Marilah sama-sama kita renungkan artikel Sdra Fuad Latif ini agar ia menjadi satu suntikan kepada kita dalam melaksanakan ibadat solat kita. Semuga ianya dapat meningkatkan lagi hubungan kita dgn Allah terutama semasa kita solat.

Saudara,

Ketika saya menjelaskan tentang hal khusyuk pada tahun lepas (29 Julai 2009 - Baca Artikel di sini) bahawa kita mesti khusyuk dahulu pada Allah SWT barulah mudah untuk sabar dan solat, ada yang tidak setuju. Mereka berkata bahawa kita perlu solat dan barulah capai khusyuk dan sentiasa sedar di dalam solat.

Kefahaman yang silap ini membuatkan ramai yang mencari khusyuk itu di dalam solat sehingga merekacipta pelbagai kaedah untuk mencapai khusyuk sedangkan makna khusyuk itu jelas dan sangat jelas di dalam firman Allah SWT:

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya
(QS: Al Baqarah 2: 45)

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu hampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa-apa yang kamu cakapkan.
(QS: An-Nisa’: 43)


Jelas makna khusyuk adalah mereka yang YAKIN BERTEMU dengan Allah dan kembali kepadaNya. Kemudian dilarang solat jika mabuk kerana orang mabuk tidak sedarkan Allah dan pasti tidak bertemu dengan Allah SWT pada awalnya lalu pasti sia-sia solatnya.

Cth mudah: Saya harus berjumpa dengan rakan saya dahulu sebelum saya berkata-kata dengannya. Sama dengan Allah SWT, saya perlu bertemu dengan Allah SWT atau sedar ke Allah SWT dahulu, barulah memuja dan memuji Allah SWT. Sederhanakan?

Kita seharusnya merasa dengan sebenar-benar rasa dengan sedar penuh yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Kita sentiasa bertemu dengan Allah SWT kerana Allah SWT sentiasa ada sangat dekat dengan kita.

Cuba diam sejenak dan rasakan pertemuan dengan Allah SWT. Untuk bertemu dengan Allah SWT harus kenal Allah SWT. Untuk kenal, sila baca artikel ini dahulu. (Sedar Akan Allah).

Rasakan sendiri. Setelah rasa barulah saudara faham dan ia tidak mampu diceritakan dengan bahasa dan tulisan.

Jika sedar ke Allah SWT ini terus dijaga dan dilatih untuk meningkatkan rasa di mana rasa ini ebenarnya iman kita, maka apakah ada masalah di dalam hidup kita ini untuk SABAR DAN SOLAT?

Jiwa Positif Hidup BerTuhan sebenarnya membawa saudara semua untuk sedar sentiasa di dalam setiap aktiviti harian. Saudara boleh berkomunikasi dengan Allah SWT kerana fikiran kita ini tidak boleh dikosongkan. Fitrah atau Sunnatullah itu menjadikan otak ini kerjanya berfikir. Mana mungkin mengosongkan. Hanya orang mati yang tidak berfikir. Lalu apa yang disarankan di dalam komunikasi agar kita ceritakan apa yang kita lakukan, fikirkan dan sebagainya kepada Allah agar kita fokus hanya kepada Allah SWT.

Jika kita tidak menceritakan pun, kita tetap berfikir dan cakap sorang-sorang (mind chat).

Kemudian diajarkan DIAM DAN SEDAR kepada Allah SWT untuk meningkat lagi kesedaran kita. Diam merupakan puncak peribadatan. Di dalam diam dan sedar ini pun, kita tidak mampu mengosongkan fikiran kita. Cuma boleh meminimumkan fikiran kita sahaja.

Apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT dan kesedaran kita kepada Allah SWT diperkuat setiap hari dengan hanya diam dan sedar ke Allah SWT, makanya kesedaran kita sangat kuat dan kita setiap saat ingat dan sedar akan Allah SWT di dalam setiap apa yang kita lakukan.

Walaupun ada yang tidak setuju dengan komunikasi dengan Allah SWT ini, namun jika dilakukan pasti akan terasa hidup ini sentiasa sedar kepada Allah SWT di dalam setiap pekerjaan kita.

Komunikasi dengan Allah SWT adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan untuk sesiapa sahaja. Dari sini akan lahir rasa sedar ke Allah. Komunikasi bertujuan menjaga kesedaran yang kita bina di dalam latihan sedar (patrap) kepada Allah SWT. Ketika bekerja, kita akan banyak berfikir. Komunikasi dengan Allah SWT mampu menghalang kesedaran kita mengikut fikiran kita semata-mata hingga hilang kesedaran kepada Allah SWT.

Walaupun dikatakan sedar automatik, kesedaran ini mampu hilang disebabkan otak kita berfikir pelbagai hal. Ia dikuatkan sentiasa dengan komunikasi dengan Allah SWT apa yang difikirkan. Kemudian dikuatkan lagi dengan diam dan sedar ke Allah.

Mereka yang melakukan patrap juga akan berkomunikasi dengan Allah SWT di dalam hidup seharian mereka yang mereka kenali sebagai sedar secara automatik. Ketika sedar, mana mungkin kita hanya diam sahaja. Pasti akan berkata-kata dengan Allah SWT.

Saya menceritakan cara komunikasi ini agar mudah diterima oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang lupa Allah SWT yang sentiasa melakukan maksiat dan sebagainya agar mereka sedar kepada Allah SWT. Dengan sedar kepada Allah SWT, pasti Allah SWT akan mengilhamkan taqwa kepada mereka kerana untuk mendapatkan ilham yang baik, hanya perlu sedar kepada Allah SWT. Nanti pasti akan dituntun oleh Allah SWT.

Mana mungkin orang yang hidupnya sentiasa lupakan Allah, kita hadapinya dan terus mengajaknya untuk terus sedar penuh kepada Allah SWT. Pasti penolakan yang besar akan kita terima daripada mereka. Lalu komunikasi dengan Allah SWT diperkenalkan agar mudah diterima untuk permulaan sedar pada Allah SWT.

******
Ketika sedar dengan Allah SWT (khusyuk), maka tidaklah menjadi masalah untuk kita sabar dan menunaikan solat. Ketika ditimpa musibah atau masalah, kita tidak celaru, sempit jiwa dan sebagainya kerana kita sentiasa khusyuk atau sedar penuh kepada Allah SWT.

Khusyuk itu yakin bertemu dengan Allah SWT di mana kita sedar penuh dan sentiasa berasa Allah SWT itu sentiasa dekat dengan kita. Jika kita sudah yakin kerana sentiasa rasa sedar penuh kepada Allah SWT, maka sabar dan solat itu adalah ringan sahaja.

Ketika solat, kita tidak lagi menjadi masalah untuk rasa khusyuk kerana kita sememangnya sentiasa rasa sedar kepada Allah...sentiasa rasa bertemu atau berjumpa dengan Allah SWT. Lalu kita mendirikan solat sebagai gerakan dan bacaan MENUHANKAN Allah SWT.

Solat itu pertemuan dan sambung ke Allah SWT. Solat itu pertemuan official atau rasmi di mana kita tidak melakukan kerja selain gerakan solat dan memuja dan memuji Allah SWT.

Berbeza dengan ibadah yang lain kerana ibadah lain kita sedar ke Allah ketika melakukan kerja lain. Ketika bekerja menyiapkan laporan sebagai contoh, kita sedar kepada Allah SWT. Ketika kita belajar, berjalan, makan, beraktiviti dan sebagainya tetap kita sedar ke Allah SWT. Ketika ini mana mungkin kita diam atau fikiran menjadi kosong.

Sebab itu saya sarankan 2 perkara iaitu latih kesedaran dengan Diam dan Sedar akan Allah SWT. Latih dan kukuhkan kesedaran kepada Allah SWT. Sedar ke Allah adalah pertemuan dengan Allah SWT dan bertemulah dengan Allah SWT setiap saat. Latihlah dengan cara begini:
1. fahami dahulu (Sedar Akan Allah).
2. Sedar ke Allah yang Maha Meliputi.
3. Terus sedar....kukuhkan kesedaran....

Lakukannya selalu.

Kemudian melakukan komunikasi dengan Allah SWT untuk menghalakan fikiran kita terhadap pekerjaan kita kepada Allah SWT. Bertujuan agar sedar yang dikatakan automatik itu sentiasa dijaga dan tidak dipengaruhi oleh fikiran pekerjaan kita yang mampu membawa sedar kita kepada Allah SWT itu kepada fikiran kita.

Apabila kita khusyuk sentiasa iaitu yakin bertemu dengan Allah, yakin Allah SWT dekat dan meliputi kita dan segala sesuatu, maka ketika kita solat, berdoa, bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat dan sebagainya, pasti yang ke Allah SWT itu adalah diri kita. Bukan jasad kita. Kerana kita yang sedar yang ke Allah SWT.

Semoga artikel ini menguatkan artikel-artikel yang pernah saya tulis sejak hampir 2 tahun yang lalu. Semoga Allah SWT diberikan kefahaman rasa dan kita sentiasa SEDAR kepada Allah swt.

Semuga ianya menjadi bahan untuk kita lebih lagi dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt. ameen....

Kata-kata Saidina Ali


Assalammualaikum..
Menemui kembali anak-anakku yang dikasehi kerana Allah swt jua.
Di sini ibu hendak kongsikan bersama bahan tarbawi yg di dapati dari fcb. Ibu suka sekali dgn artikel ini, jadi ibu nak abadikan di sini agar bila ke blog ini nanti dapat membacanya selalu.

Petikan Kata-kata Saidina Ali:

1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'

2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia

3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya

4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'

5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi

6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki

7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan

8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.


• Mulakan harimu dengan zikirullah
• Mulakan solatmu dengan a`uzubillah
• Mulakan doamu dengan alhamdulillah
• Mulakan kerjamu dengan bismillah
• Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah
• Mulakan taubatmu dengan keinsafan
• Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah
• Mulakan keazamanmu dengan restu Allah
• Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah
• Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah
• Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengakhiran yang mulia

"Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan.

Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam sejarah kemanusiaan.

Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang merubah corak pemikiran dunia."

Semuga bahan ini menjadi bahan mentarbiah kita dalam meneliti solat-solat yang kita lakukan setiap hari. Semuga solat-solat yang dilakukan penuh dengan penghayatan dan hati kita pun sama hadir.
sekian salam penuh kasih sayang wassalam.

Thursday, July 15, 2010

Sekolah Baru.


Assalammualaikum...
Alhamdulilah...bersyukur kehadrat Allah swt jua hanya pd Mu jua ku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana di hidupkan semula setelah kematian kecil-tidur.

Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua.
Pagi ini cuaca agak dingin Allah beri hujan, sejak kebelakangan ini sering hujan.
Jika hujan waktu pagi begini ibu menghadapi masalah silau.Lampu pada kereta akan memantulkan cahaya ke jalan..oh...silaunya...Mudah-mudahan cepatlah dapat pindah balik ke Muar. Penantian untuk pindah telah berlalu sebulan. Wahai hati..dan diri sabarlah moga ada rahmat disebalik kelewatan itu.

Masa berlalu dengan amat pantas sekali.Diam tak diam telah 5 bulan berlalu ibu meredah perjalanan yang jauh dan berliku antara sekolah dan rumah. Kini mula rasa sayang pada anak-anak didik. Keadaan di kelas pun telah agak selesa. Sesekali bertukar suasana sememangnya banyak yang ditimba berjumpa guru-guru baru yang berbagai ragam, murid -murid baru dan pengalaman baru. Sememangnya menyeronokkan dan rasa bersemangat. Tetapi apabila terpaksa meredah perjalanan yang jauh dan agak merbahaya menyebabkan diri ini patah semangat. Semua kerja-kerja di sekolah tidaklah bermasalah sangat. Malahan kini banyak kemudahannya, masa mnengajar dikurang ialah sebagai Guru Penolong Kanan bolehlah dikatakan sebagai guru besar Pendidikan Khas, tentulah ada kemudahahn yang disediakan sebagai ketua katakanlah.

Masalahnya perjalanan yang jauh terpaksa ibu tempuhi, penuh dgn 1001 macam kerenah di jalanan.Inilah penyebab utama mengapa ibu terpaksa meletakkan jawatan ini. Adalah juga beberapa masalah dgn GB tetapi tak perlulah utk diceritakan, biarlah ia menjadi satu pengalaman diri buat sempadan agar kelak bila kita berada di atas bagaimana sepatutnya kita perlu bertindak.

Sememangnya pengalaman hidup adalah lembaran-lembaran tarbiah yg Allah beri kepada kita secara tidak langsung. Penuh dengan ujian dan cabaran. Allah hendak melihat hamba-hambanya supaya sentiasa meminta dan mengharap kepadaNya sahaja. Sebagaimana seperti cerita berikut.

Dialog antara Allah swt dengan malaikat."Wahai Allah mengapa si fulan itu kamu tidak meperkenankan doanya, telah lama benar dia berdoa dan meminta kepada MU". Lalu jawab Allah swt "Aku suka mendengar si fulan itu merayu-rayu dan meminta kepada Ku, jika aku memperkenankan doanya kelak ia tidak lagi meminta kepada Ku". Subahanallah, Maha Suci Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Lihatlah Allah suka melihat hamba-hambanya meminta dan mengharap hanya kepadNya sahaja. Marilah sama-sama kita memeriksa diri kita sejauhmanakah pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah swt.

Anak-anak penyejuk hati ayah dan ibu sekelian.
Sebenarnya semasa ibu sambung belajar setahun yang lalu, ibu Allah beri kekuatan mudah untuk bangun malam terutama apabila menjelang peperiksaan. Selepas habis belajar keadaan itu agak longgar kerana ketika itu keadaan telah agak selesa kerana telah habis belajar.Biasalah kita bila diuji oleh Allah dengan kepayahan barulah kita akan mengharap kepada Allah jua.

Hinggakah pada awal tahun ini ibu dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah ke sekolah baru yang lebih kurang 45 km jaraknya dari rumah. Meredah kegelapan malam dan mengharungi kesiluan lampu-lampu kereta di jalanan. Ini adalah antara kepayahan yang terpaksa dilalui.Kesabaran dan keikhlasan diri amat-amat teruji. Cukup tidak selesa jiwa ini. Puas dipujuk agar redha dan sabar. Sekolah lama hanya terletak di depan rumah, ke sekolah dengan motor lebih kurang 5 minit telah sampai ke sekolah.Bayangkanlah berapa jauhnya perjalanan yang terpaksa ditempuh kini.Akhirnya ibu memujuk hati agar meminta-minta sungguh-sungguh kepada ALlah. Ya sebagaimana firman Allah:"Mintalah kepada Allah dengan solat dan sabar".

Kini ibu merasa tenang dan reda dengan ketentuannya. Di sepanjang perjalanan yang jauh menjadikan ibu sentiasa berbisik di dalam hati memohon pertolongan Allah swt. "Wahai Allah selamatkan daku semasa di jalanan dan selamatkan daku untuk pulang ke rumah". Jika ada bas atau kenderaan besar menghalang perjalanan untuk memotongnya memang sukar lebih-lebih lagi gelap hanya nampak cahaya lampu dari kenderaan yang bertentangan. Lalu ibu bisikan di dalam hati, "Wahai Allah berilah aku kemudahan untuk memotong kenderaan tersebut". Alhamdulilah beberapa minit kemudian Allah beri ibu kemudahan untuk memotong kenderaan tersebut. Apabila melepasi sahaja kenderaan tersebut ibu bisikan lagi "Terima kasih Allah". Itulah antara dialog-dialog hati ibu memohon kepada Allah, Robb sekelian alam ini.

Di tempat baru tentulah permulaannya semua baru. Ibu sangat-sangat merasa kehilangan seorang kawan yang solehah. Terasa sunyi dan sangat terasing. Akhirnya ibu luakhan kesunyian dan kesepian ini kepada ALlah "Wahai Allah aku kesepian dan kesunyian, tanpa teman maka dampingilah aku Allah, temanilah aku ALlah dan lindungilah aku Allah dari melakukan kesilapan. Bimbinglah aku Allah dan berikanlah aku idea untuk mengajar anak-anak didikku". Alhamdulilah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini ibu tidaklah kesepian dan kini Allah beri idea yang berbagai untuk mendidik murid-murid khas ini. Berbeza jika dibandingkan dengan sekolah lama.

Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat ibu kongsikan bersama. Semuga ianya dapat menjadikan kita agar lebih erat lagi hubungan hati kita dengan Allah swt. Marilah kita sama-sama membina jambatan hati agar kita dapat menjalin hubungan yang lebih erat dengan Allah swt. Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita, insyAllah.

InsyAllah hingga bertemu lagi di lain masa dan ketika sambutlah salam penuh kasih sayang dari kejauhan ini. Semuga sentiasa dekat di hati kerana Allah jua, ameen...

Tuesday, July 13, 2010

Mencari CINTA


Assalammualaikum..
Bertemu kembali.
Alhamdulilah terima kasih Allah kerana masih memanjangkan usia ku...dan ku masih dapat menghirup uadarMu yang segar dan bersih ini.
Terima kasih tidak terhingga jua kerana daku dapat mencoretkan sedikit di sini buat merawat diri.

Wahai Allah...
Kini usia ku menghampiri ke asar..
Namun..kini baru ku temui CINTAMU...
Ya...cintaMu...

Di dalam sedikit rintangan dan halangan akhirnya dapat jua ibu menghadirkan diri ke kem kecemerlangan di sekolah Maryam. Terima kasih Allah.
Akhirnya dapat jua mengikuti slot mind setting oleh Sdra Razali. Walaupun telah mendengarnya tetapi ia seperti baru...ya untuk refresh diri, jiwa dan iman.Iman kan lusuh spt kain buruk maka ia perlu diperkemaskan sentiasa.

Penyampaian sdra Razali amat menyentuh hati. Beliau memperkatakan mengenai Ayat-ayat Cinta Allah yang sering dibaca 17 kali sehari dlm solat-solat kita. Semuga semasa membacanya kita merasai dan menghayati penuh kesedaran. Itulah ayat-atyat cintaMu yg amat syahdu.

Indahnya,tenangnya,damainya penuh kasih dan sayang.Itulah ayat-ayat Cinta Allah yg baru ku temui.Terima kasih Allah...kini baru ku sedari ayat-ayat Cinta Mu sentiasa dibisikan tika kita berinteraksi.

Hari kedua beliau memperkatakan hakikat memperkukuhkan hubungan Cinta dgn Mu. Perlunya memperkemaskan hubungan yg erat dan bersih kerana Mu jua. Wadahnya adalah Si Jantung Hati... Perlunya wadah yg sekeping ini di jaga dari segala penyakit yang melanda kini.Mengenali penyakitnya iaitu banyak membuat maksiat samada maksiat hati atau perbuatan.Kita tidak perlu diserang spt di Gaza tetapi kita dihidangkan dgn makanan yg belum tentu halalnya spt Mc Donald, minuman coca-cola,hiburan spt akademik fantasia,internet,game,You Tube...Ada baiknya tetapi adakah kamu semua bijak utk membuat pemilihan dan penapisan.

Macamana kita hendak menjaga si Jantung Hati ini? Katanya lagi kita perlu mempereratkan hubungan dgn Allah melalui menjaga solat, membaca Al-Quraan, mengingati mati,sebokkan diri dgn zikir dan banyak lagi. Semuga kita semua sentiasa di dalam peliharaan Allah swt.

Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua.
Itllah serba sedikit yang dapat ibu coretkan buat santapan kali ini.InsyAllah di lain masa dan ketika akan ibu coretkan lagi. Biarlah sedikit tetapi yg sedikit itu berkesan di jiwa kita dan dapat kita sama-sama mengamalkannya.

Ya..kuncinya ialah CINTAILAH ALLAH YG PERTAMA-TAMANYA, insyAllah cinta yang lain-lain akan datang kemudian. Seutama-utamanya di dalam hidup ini adalah segalanya berpaksikan CINTA ALLAH dan REDA ALLAH. Sesungguhnya perjalanan ini akan ada garis penamatnya cuma kita tidak tahu di mana garis penamatnya dan bila. Tetapi kita perlu menyediakan dan membawa bekalan sebanyakmana yg kita mampu dan kena sungguh-sungguh minta kepada Allah swt agar kita diberi bekalan yang sebanyakknya utk kita persembahkan kepada Allah jua.

Sunday, July 11, 2010

Mahligai Impian


Alhamdulilah...berkesempatan mencoretkan lagi di sini.
Penyusunan Allah amat cantik sekali..
Jika hati kta berkehendak yg baik Allah dgn rasa kasih n sayangNya akhirnya memberikan jua...
Sungguh tak terduga dek akal kita. Pogram kali ini terlihat amat cantik sekali..penyusunan dan aturan Allah swt.

Peringkat awal, sedih juga hati ini kerana tidak dapat pergi...tetapi saat akhir dapat juga pergi...syukurnya....Terima kasih Allah...
Apa taknya..ayah ada pogram di sekolah dia dari hari Sabtu hingga hari Ahad.
Akhirnya dgn rahma t Allah jua ayah dapat mencari pengganti.

Apa lagi..terus le mak siap2 kemas rumah dan cucu baju. Nak bermusafir 3 hari 2 malam tentu le...rumah kena bersih. Petang Jumaat ayah sibuk perlu masukkan duit Hapis, jumpa pomen nak jelaskn bayaran dia betulkan kereta dan hendak buat aliggement kereta lagi...yele..nak jalan jauh sikit..Kalau tidak d buat alamat rosakle tayar kereta tu...

Monday, July 5, 2010

Puisi- Hidup ini.

Adakah hidup ini
Begini…
Begitu…
Jadi yang mana

Mana satu pilihan ku
Wahai Robb..
Bimbinglah daku
Tuntunlah daku
Pimpinlah daku
Bantulah daku


Kekiri
Kekanan
Mana satu..ni..
Ku jadi keliru

Di kiri ku sungguh mengasyikkan
Di kananku penuh syhadu. ketenangan, kedamaian
Di mana kasih sayang dan keimanan?

Mana harus ku pilih
Wahai TuhanKu
Bimbinglah daku
Jangan biarkan ku keseorangan…
Sebenarnya aku amat memerlukan Mu…
Inilah pilihan ku.

Thursday, July 1, 2010

Solat


Assalammualaikum wt. wbt..
Salam penuh kasih sayang mengunjungi kalian semua, semuga semuannya di dalam dakapan kasih sayang Allah swt.

Anak-anak yang dikasehi kerana Allah swt. jua...
Marilah sama-sama kita menyemak solat-solat kita...adakah kita lakukan bersama-sama dengan kehadiran hati kita atau sebaliknya.

Di sini ingin ibu kongsikan bersama-sama dari seseorang semuga individu tersebut sentiasa didalam rahmat Allah swt. Ibu rasa petikan ini berguna buat kita semua.

SAYA SOLAT LIMA WAKTU TAPI

Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Solat saya 10 minit,maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain drpd Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi.. ..
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering membohongi mereka dengan kata2 dusta
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT

Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi... .
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi... .
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang ertinya :-

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Setelah sekian lama kita bersolat adakah sifat-sifat ini ada pada kita..? Jika ada marilah kita sama memohon pada Allah agar kita dapat membuang sedikit demi sedikit sifat2 yg dinyatakan..semuga solat-solat yg kita lakukan dgn kehadiran HATI kita dapat menghindarkan kita dpd sifat2 buruk di atas...ameen..

Ini sekadar renungan utk kita menyemak kembali sejauhmana keberkesanan solat yg kita lakukan semuga semakin bertambah baik dan dapat membuahkan hasil yg semakin baik.InsyAllah.