Tuesday, March 30, 2010

Kerinduan...


Assalammualaikum...wt. wbt.
Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua.
Alhamdulilah dengan limpah rahmat dan kasih sayang dari Allah swt. akhirnya dapatlah jua bertemu semula di dalam blog ini. Sememangnya teramat rindu utk mencoretkan apa yg ibu rasai kini. Semuga sedikit perkongsian ini kita sama-sama beroleh reda Allah jua. Kerinduan juga adalah satu nikmat dan limpahan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Semuga kita dapat memanafaatkan rasa kerinduan itu utk mengeratkan lagi kasih sayang kita kerana Allah jua.

Anak-anak yg dikasehi...
Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah swt. agar kita sentiasa di dalam perhatian dan pemeliharaanNya jua. Oleh itu di sini ibu ingin kongsikan doa tersebut. Doa ini ibu dapat dari Blog Jiwa Positif, marilah kita sama-sama amalkan semuga Allah memudahkan kita melayari kehidupan yg fana ini.

"Ya Allah, ampunilah kami, Ya Allah".
"Ya Allah, rahmatilah kami, Ya Allah".
"Ya ALlah, cukupkan keperluan kami, Ya, Allah".
"Ya Allah, angkatlah darjat kami, Ya, Allah".
"Ya Allah, murahkan rezeki kami, Ya Allah".
"Ya Allah, sihatkan kami, Ya Allah".
"Ya Allah, murahkan rezeki kami, Ya Allah".
"Ya Allah, maafkan kami, Ya Allah".

Anak-anak yg dikasehi sekelian...
Marlah sama-sama kita berdoa,
InsyAllah hingga bertemu lagi.Wassalam...

Thursday, January 21, 2010

Ingin ku dakap, tangan tak kesampaian...


Assalammualaikum wt wbkt..
Alhamdulilah...diberi kekuatan dan keupayaan oleh Allah swt utk mencoretkan sedikit di sini. semuga yg sedikit ini dapat menyentuh hati-hati kita semua.InsyAllah.

Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua,
Di sini ingin ibu coretkan sedikit akan kata-kata Allah swt yg begitu menyentuh hati sebagaimana firmannya:
"Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepada mu, dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatku" (2:152)

Apakah nikmat itu? Nikmat terbesar dan amat berharga adalah nikmat iman dan Islam anakkk.Inilah nikmat yg tiada tolok bandingannya. Amat-amat bersyukur kita kerana dilahirkan di dlm keluarga Islam dan semuga kita diberi Allah kekuatan mempraktikkan cara hidup Islam dlm seluruh kehidupan kita.Amin...

Anak-anak sekalian,
Marilah sama-sama kita berdoa dan merayu kepada Allah swt sebagaimana firmannya di dalam surah Ali Imran ayat 8:
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (karunia)".

Semuga doa ini juga dapat menyentuh hati-hati kita semua. Terima kasih Ya Allah di atas tunjuk ajarMu melalui kitab Mu yg menjadi penawar segala keresahan.

Nun...jauh dimata mudah-mudahan dekat di hati. Beratus-ratus batu jarak kita kini ingin hati mendakap mu tapi tangan tak kesampaian. Hanya harapan dan pengharapan semuga anak-anak semua sentiasa di dalam dakapan kasih sayang dan rahmat ALlah.

Kecil-kecil didalam buaian, kedua tangan inilah yg menghayunkan buaian, bila besar semuga sentiasa di dlm buaian Allah swt.Tidak kira kamu semua di mana semuga semuanya sentiasa di dalam peliharaan Allah swt. Kerinduan utk mendakap kamu semua kini amat terasa sekali...hanya yg dapat ibu panjatkan doa semuga kamu semuanya sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah swt yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Terasanya kini, singkatnya masa mendakap mu dulu-dulu..

Hingga disini, InsyAllah semuga kita dapat bertemu lagi dilain masa dan ketika. Sambutlah salam kerinduan dari ibu dan ayah. Khusus utk semua anak-anakku dan anak-anak yg membaca blog ini semuga ibu punya anak yg ramai sekali dgn kelahiran blog ini. Wassalam.....

Friday, January 15, 2010

Pagi ini...



Bismillahhirohmannirohim.
Dgn menyebut namaMu Ya Allah yg maha pengasih dan penyayang.
Terimakasih Ya Allah...masih lagi bernafas setelah ditidurkan semalaman.

Bertemu kita lagi disini. Semuga kita semua sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Allah swt.Pagi sabtu ini sendiri lagi. Seperti biasalah mencuci baju dan tandas, mengemas rumah serba sedikit. Masak tak kot. Makanlah apa yg ada. Sendirian di rumah. Suami pergi mesyuarat di KL mungkin malam baru balik. Semuga selamat pergi dan pulang. Yalah cerita sendiri ni..sebenarnya kita tidak sendirian, ada Allah di sisi jika kita merasainya. Harap-harap dapat rasa.

Anak-anakku yg dikasehi. Semuga kamu semua sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Allah swt. Selepas solat duha hati mak sedih sekali.Dalam doa mak panjatkan agar kamu semua sentiasa dipelihara Allah dr segala keburukan dan kejahatan. Pinta mak lagi agar hati mak jangan ada sesuatu pun yg tidak baik terlintas ke atas kamu semua. Ya Allah peliharalah hati ini dari merasai atau terasa hati dgn kaum semua takut-takut akan memjejaskan ketenangan kamu semua. Ingatlah anak-anakku "reda Allah terletak ke atas reda ibubapa." Jagalah hati kedua orang tua sementara ia masih ada. Lihatlah masa amat pantas berlalu tup..tup dah 16 Jan 2010 kita telah melepasi 16 hari pd tahun baru ini...Teringat kata ulamak, masa spt pedang, silap langkah kita terpenggal sendiri. Semuga dijauhkan Allah semuga anak-anakku dapat menggunakan masa sebaik mungkin yg boleh. Sentiasa diperkukuhkan iman dan dipereratkan hubungan hati dgn Allah.

Bersyukurlah anakku, kamu berdua Allah letakkan di tempat yang "baik dan subur". Semuga masa dan ketika ini dapat diraih sebanyak mungkin segala kebaikan yang ada. Carilah.. sematkan di dalam hati dan perkemaskannya dgn amal-amal soleh. Semuga semuanya mendapat redaNYa,amin.

Sesungguhnya kehidupan ini hanya satu perjalanan yang sementara sampai masa akan sampai keperhentiannya dan akan berlabuh ke pelabuhan yang telah ditentukan masa dan tempatnya hanya Allah yg maha tahu segalanya. Tugas kita carilah bekal sebanyak mungkin. Jangan leka dan lalai. Usia muda dan tenaga yang kuat adalah modal kamu. Anak-anakku, jadi carilah dan buatalah dalam mencapai redaNYa.

Semuga anak-anakku menjadi seorang yg pemurah, mudah mendermakan sedikit dr pendapatan mu dijalan ALlah(infak). InsyAllah, sedikit itulah yg nanti Allah kata itulah hak kita bila kita bertemuNya nanti. Allah juga berjanji sedikit yang kita beri untuk Allah, Allah akan ganti banyak lagi percayalah dan buatlah janji Allah benar anakku. Seperti kata Pak Lah "berillah di saat seseorang itu memerlukan, ianya menjadi amat bererti walaupun sedikit."

Sekian dahulu salam sayang dari kami berdua. Wassalam.

Tuesday, January 12, 2010

Ingatan Buat diri.


Salam sayang... syukur kehadrat Allah swt. dapat bertemu lagi di ruang ini. Hari ini jadual penuh dari pagi hingga tengahari tak ada 'free'. Alih-alih GPK suruh buat tazkirah kat studen lak. Apa yg nak diperkatakan dlm keadaan tak bersedia. "Azi je le yg buat biar dia belajar" kataku. "Tak boleh awakkan biasa bagi tazkirah kat budak-budak kita.." jadi kena ikut le kata gpk tu.

Macam biasa le beri salam, baca doa, baca 3 kul dan mula le beceloteh panjang.Harap-harap dapat menyentuh hati mereka semua. Mula tu sebelum bercerita tanya pada murid-murid pagi tadi solat tak...? hanya lima orang je yg angkat tangan yg lain tengok je. Kesiannya mereka baginilah setiap kali ditanya tentang solat ramai yg tidak mengangkat tangan. Tanya pada Haikal, solat ikut siapa? Ayah katanya. Solat subuh berapa rakaat? 3 jawabnya. Semua murid ketawa termasuk yg tidak solat. Ketawakan orang, tapi tak buat. Aku betulkan 2 rakaat, bagus awak buat solat moga jadi anak yg soleh. Yang lain harap-harap Allah bukankan pintu hati mereka utk melakukan solat. Pesan ku pada mereka berdoalah pd Allah minta pada Allah supaya diberi kekuatan hati untuk melakukan solat. Jika tidak solat apa bekal utk dibawa bila bertemu dgn Allah kelak. Solat adalah di antara amal-amal yg dapat membersihkan hati selain zikir, baca quraan, dan amal-amal lainnya.

Sempat juga ku nyatakan cerita Luqman Al-Hakim. Dipetik dari Majallah Haluan. Ceritanya begini:
Perkara Baik Bagi Manusia
Luqman al-Hakim pernah ditanya oleh seorang anaknya:
"Wahai ayahku, apakah perkara yg baik bagi manusia?"
Luqman al-Hakim menjawab: "Beragama."
Anak: "Kalau ia dua perkara?"
Luqman: "Beragama dan berharta."
Anak: "Kalau tiga?"
Luqman: "Beragama,berharta dan baik hati."
Anak: "Kalau empat?"
Luqman: "Beragama,berharta, baik hati dan malu."
Anak: "Kalau lima?"
Luqman: "Beragama,berharta,baik hati,malu dan dermawan."
Anak: "Kalau enam?"
Luqman menjawab:
"Wahai anakku, jika pada diri seseorang itu terkumpul lima perkara tadi, maka ia adalah orang yg bersih lagi bertakwa. Maka ia adalah penegak kepada agama Allah dan terhindar serta berjaya menumpaskan pengaruh syaitan."

Ya, anak-anakku semuga kita tergolong ke dalam golongan yg Luqman al-Hakim ceritakan. InsyAllah marilah sama-sama kita berdoa. Ya Allah jadikanlah kami spt golongan yg dimaksudkan dlm cerita di atas, amin...
InsyAllah, jumpa lagi. Wassalam...

Monday, January 11, 2010

Menumpang..


Assalammualaikum...alhamdulilah bertemu lagi.
Pagi ini ke sekolah spt biasa. Masih lagi menumpang di sekolah lama belum terima surat perlantikan rasmi jadi tak leh gi lagi ke sekolah baru maka "menumpaglah" aku di sini lagi. Seminggu yg lalu dah dapat titel menumpang...GB kata tak apa awk menumpang...itulah GB ku yg suka bergurau.

Sememangnya kita semua menumpang. Menumpang dibumi Allah swt. yg fana ini. sedar ke tak diriku ini yg menumpang di bumiNya. Jadi sedarlah wahai diri sesungguhnya kamu menumpag di bumi Allah sampai masa, penumpang akan turun dari tumpangannya menuju ke alam yg kekal abadi.

Ya Allah ingatkanlah diri ini bahawa daku menumpang dibumiMu, menumpang kasihMu, menumpang ehsanMu, menumpang rahmatMu maka jadikanlah daku ini sentiasa mensyukuri segalanya. Wahai Allah Ya Roob hampirilah hati ini, berilah cinta kasihMu agar ku sentiasa bersedia tunaikan amarmakruf dan nahimungkar. Pilihlan daku dalam rombongan ke syurgaMu.

Semalam ziarah teman, sakit cancer. Ya Allah, sembuhkanlah sahabatku ini. Ya Allah, kuatkanlah imannya dan berikanlah ia kesabaran. Terasanya kerdil diri ini. Betapa nikmatnya Allah beri kita sihat, semuga kita tidak leka dan terlena.Ayuh teman...teruskan kerja-kerja kita yg masih banyak....Selagi sihat dan kuat marilah kita teruskan kerja-kerja yg banyak ini.Agar tiada penyesalan bila bertemu Nya kelak.

Tazkirah semalam: komited,iman, ukhwah, ilmu,hidayah dan hati yg bersih. Ya Allah berilah kami semuanya. Moga kami dapat melaksanakan tuntutan mu menjadi sebaik-baik umah. Moga sisa-sisa yg ada kami sentiasa komited dlm mencari redaMu Ya Robb.

Anak-anakku semuga kalian sentiasa bersyukur kerana berada disuasana yg subur dgn tarbiah. Ingatlah tiada nikmat terbesar selain nikmat Islam dan iman. Beruntung kalian berada di lingkuan tarbawi. Moga Allah sntiasa pertemukan kita di sini dan di sana kelak. Amin...

Hingga di sini InsyAllah hingga jumpa lagi. Salam sayang buat kalian.Wassalam...

Sunday, January 10, 2010

Seputih kapas..


Salam sejahtera dan salam kasih sayang. Semoga kita semua sentiasa di dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Melihat gugusan awan yang terletak di kaki langit teringat perjalanan lalu sekitar 2003-04. Masa tu pandu kereta bersendirian utk pulang ke rumah. Terbayang wajah Ain dan amani tentu mereka tidak sabar-sabar menanti ketibaan uminya. Masa inilah perjalananku diiringi awan gemawan yg sungguh indah, putih melepak bak kapas...indahnya ciptaan Allah swt. Berlatarkan langit yg kebiru-biruan menyejukkan mata memandangnya.Kini perjalanan ku akan diteruskan utk beberapa bulan lagi. Inilah perjuangan...namun kini ku sendiri lagi. Siti dan Zah telah tamat pengajian mereka. Hanya aku sahaja yg masih ketinggalan satu paper. Moga Allah sentiasa memberikan diri ini kekuatan utk menempuhnya. Ya Allah... permudahkanlah laluan ku dan bantulah aku yg keseorangan. Lalu ku teringat sebuah puisi yg ku temui di dalam majalah Haluan. Bukan ciptaan ku tetapi ia amat terkesan di hati ini. Marilah kita sama-sama menghayatinya.

AKU BUKAN BERSENDIRI

Di sini aku bersendiri
Mencari ilmu milik Ilahi
Tanpa keluarga di sisi
Tanpa teman yang memahami
Hanya sabar dan solat sebagai tiang di hati

Bertahun ku bersendiri
Mencari ilmu milik Ilahi
Tanpa bosan dan jauh hati
Kerana ku yakin janji-Mu ya Ilahi
Membuat ku terus tegak berdiri

Kini aku masih bersendiri
Mencari ilmu milik mu ya Ilahi
Berilah ku hati yang bersih berseri
Yang sedar dan meyakini
Aku bukan bersendiri
Aku punya Kau di sisi

Akhmad komarovich
pervilvbov@yahoo.com

Semuga ianya juga menjadi pendorong kepada sesiapa yg memerlukan.InsyAllah hingga ketemu lagi dilain ketika wsssalam...

Thursday, January 7, 2010

Sejambak kasih...


Dengan menyebut nama Mu Ya Allah yg Maha mengasehani dan Maha penyayang. Semoga kami semua sentiasa dipayungi dengan limpahan kasih sayang Mu. Semuga anak-anak mak sentiasa melawat blog ini. Di sini mak hanya dapat menghulurkan sejambak kasih dan segugus doa buat kalian semua..."semuga anak-anak mak semua sentiasa di bawah limpahan kasih sayangNya." Sentiasa dipelihara dari segala kemudaratan dan sejahtera zahir dan batin.

Ya Allah...ampunilah segala kesalahan kami sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya Kau maha pengampun. Berikanlah kami hati yang sejahtera dan sentiasa mengharap redaMu. Hati mudah rapuh. Ya Allah berikanlah kami hati yg teguh dan sentiasa berinteraksi dgn Mu.

Anak-anakku, disini mak coretkan sedikit pesanan Luqman Hakim kepada anaknya, semoga kita dapat mengambil iktibar darinya.

Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:-

• Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

• Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

• Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

• Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

• Ingat kepada Allah s.w.t.

• Lupakan budi baik mu pada orang lain.

• Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

• Ingat kepada mati.

Hati mudah lalai dan lupa semuga sedikit pesanan ini dapat membantu kita utk terus berhubung dgn Allah dan dilindungi olehNya dr segala kejahatan.Amin..
Hingga bertemu lagi dilain ketika salam sayang dari mak dan ayah yg sentiasa mengasehi kalian.