Tuesday, December 28, 2010

Pengalaman Semalam......


Assalammualaikum..
Salam kasih sayang bagi pengunjung-pengunjung setia blog ini hanya semata-mata kerana Allah swt jua. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu sentiasa berkasih sayang serta saling pesan memesan ke arah kebaikan. Semuga blog ini dapat mendidik hati-hati kita lebih dekat kepada Allah swt.

Alhamdulilah Allah masih meminjamkan kehidupan ini semuga kita semua dapat memanafaatkan dengan sebaik-baiknya. Sememangnya masa amat pantas berlalu. Kini hanya beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun 2011. Semuga segala yang berlalu dan segala yang dilakukankan walaupun kecil sentiasa mendapat nilai di sisi Allah swt.

Anak-anakku yang dikasehi...
Marilah sama-sama kita berdoa dengan doa ini " Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu, hati yg penuh segar mensyukuri (nikmat)MU, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd (perintah)MU. Ya ALlah, kurnikan kami iman yg sempurna, hati yg khuysuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar-benar mantap. Ya Allah kurniakan kami deen yg jitu dan unggul, selamat dr segala mara bahaya dan petaka.Kami mohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa org lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yg sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap org lain selain dr Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat Mu kpd kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami. Jangan Ya ALlah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yg lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)..ameen.

Suka sangat dgn doa ini.Mungkin kisah semalam boleh dikaitkan dgn doa ini. Ya segalanya adalah perancangan Allah swt...kita sahaja yg mudah lupa...
Semalam ke sekolah untuk mesyuarat bagi sesi tahun 2011. Tiba-tiba dapat surat menyatakan kena pergi kursus Pendedahan kurikulum PK yg baru. Terkejut juga sebab surat tersebut telah diterima pd 21 dec yg lalu hati tertanya-tanya kenapa tiada sesorang pun yg sudi untuk memberitahu, Sedangkan semua sekolah sibuk memberitahu guru-guru mereka tapi sekolah ni....masyAllah...amat teruji betul pagi semalam. Puas mencari calon untuk menghadiri kursus tersebut, berbagai-bagai alasan diterima. Akhirnya terpaksa mengalah diri inilah yang pergi. Terpaksalah balik semula ke Parit Jawa utk mengemaskan pakaian untuk di bawa ke Kluang. Jadi semalam dari Parit Jawa ke Batu Pahat lepas itu balik semula ke Parit Jawa dan patah balik ke Batu Pahat lalu terus ke Kluang. Sedih sangat hati tertanya-tanya kenapa dan mengapa tidak menelefon memberitahu terlebih dahulu. Sangat sedih...amat-amat terluka...

Sepanjang perjalanan puas memujuk hati sendiri...redalah wahai hati...ini semua penyusunan Allah pergilah mungkin ada hikmahnya...memamg pahit kenyataan itu. Lagi pun mereka semua adalah 'manusia biasa-biasa' kitalah yg kena tarbiah diri agar pergantungan kepada Allah lebih mantap. Ya Allah pada Mu jua ku adukan semuanya...bisik hati ini.

Perjalanan diteruskan..hati masih lagi tercalar...lebih tercalar bila tiba di Kluang hampir pukul 12 tengahari. Slot yg penting telah ketinggalan. Ditambah lagi pihak penganjur mengatakan GPK atau penyelaras tidak sepatutnya hadir sebab anda semua bukan pelaksana guru Pk sepatutnya hadir dan mereka yang akan dipantau oleh KPM kelak.

Semuanya memang pahit untuk ditelan tetapi yang pahit itu juga adalah ubat.Semasa di Kluang terjumpa pegawai JPNJ dan ia manyatakan jika hendak berpindah isilah borang. Hati tertanya-tanya macam mana hendak isi borang sedangkan kini di Kluang. Agak terganggu juga tumpuan pada kursus sebab teringatkan borang pindah belum dihantar.

Kursus pada hari pertama berakhir jam 4 petang.Handphone kehabisan kredit dan hampir lupus kuasa baterinya. Sahibah masih belum dapat dihubungi. Call Zam tiada di rumah. Ya Allah mudahkanlah...selepas ditambah kredit Kak Amah dapat dihubungi. Alhamdulilah... terimakasih Allah. Malam tu dapatlah bermalam di rumah kak Amah.

Keesokkan paginya pergi semula berkursus. Semasa sarapan pagi cuba hubungi PPD Muar, dapat,alhamdulilah. Atas nasihat pegawai tersebut sy bergegas balik ke Mampan Batu Pahat untuk mengisi borang pertukaran. Sepanjang perjalanan dari Kluang hati sentiasa memohon agar Allah pemudahkan. Alhamdulilah perjalanan pulang kelihatan mudah, terima kasih Allah.

Akhirnya borang dapat diisi dan tidaklah saya terpaksa ke SK Ledang untuk bertemu pagawai JPN. Allah pemudahkan lagi pegawai tersebut bersetuju untuk bertemu di MRSM Bakri dan surat tersebut selamat sampai ke tangan pegawai tersebut ..terimakasih Allah. Kena sujud syukur.

Semuanya Allah telah aturkan dengan begitu cantik sekali. Hati kecil berbisik inilah hikmah segala kepahitan yg terpaksa ditelan akhirnya membuahkan hasil yg baik. Semuga proses pertukaran itu Allah pemudahkan lagi. Ya ALlah lembutkanlah hati-hati mereka yg berkuasa untuk menerima permohonan hambaMu ini...ameen.
Harapan dan pengharapan agar Allah memudahkan pertukaran ini, insyAllah:)

1 comment:

  1. Subhanallah....banyakkan bersabar mkck...mungkin mkcik adalah insan yang terpilih yang Allah sayang.Sebab tu lah Allah uji kesabaran dan keimanan mkcik.Sesungguhnye ape yang diaturkan oleh Allah sangatlah cantik..Insyaallah,dengan berkat kesabaran mkcik akan membuahkan hasil yang baik.Nik doakan semoga apa yang dikehendaki oleh mkcik,dimakbulkan oleh Allah taala...ameen...

    ReplyDelete