Sunday, December 12, 2010
Mahligai Impian
Assalammualaikum...wt. wbt.
Lama sungguh tidak mengemaskinikan blog ini. Alhamdulilah saat ini berkemampuan untuk mencoretkan sedikit di sini semuga ianya membawa manafaat buat diri ini dan sesiapa yang sudi menatapnya.
Ya Allah jadikankanlah usaha ini satu usaha yang berterusan dan mendapat redha Mu jua.Berikanlah kami taufik dan hidayah Mu..semuga hati kami sentiasa mengharap petunjuk dan hidayah Mu jua.
Pada 11.12.10 yang lalu ibu telah mengikuti Seminar Mahligai Impian 3 di UTHM. Oleh itu apa yang ibu dapat sedikit ini ingin ibu coretkan di blog ini. Penyampainya adalah sesesorang yang semua orang kenal dan amat dikasehi dikalangan semua peringkat umur. Semuga sahabat kita ini sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah swt dan sentiasa Allah beri kekuatan untuk menyampaikan bahan tarbiahnya buat kita semua.
Sebenarnya ibu bukanlah dapat mencoretkan semua penyampaian sahabat kita tetapi apa yang ibu dapat ibu cuba coertkan kembali.Marilah sama-sama kita cuba hayati apa yang sahabat kita sampaikan.
Seni Berumahtangga.
Di dalam membina rumahtangga ianya memerlukan ilmu dan kemahiran. Kemahiran berkomunikasi,ilmu mengenali kaum wanita dan ilmu mengenali kaum lelaki. Mencari cinta yang berpaksikan wahyu untuk membina baitul muslim.
Allah swt telah menjelaskan bahawa Allah swt menciptakan manusia untuk merealisasikan 2 tujuan utama iaitu menjadi khalifah Allah swt dimuka bumi ini dan mengimarahkan bumi ini.
Tamadun dibina oleh lelaki dan wanita seterusnya membentuk unit-unit kecil yang menjadi binaan membentuk masyarakat.Asas binaan tersebut adalah keluarga yang di dalamnya adalah pasangan suami dan isteri.
Perkahwinan bagi pasangan yang beriman dan bertakwa akan meningkatkan keimanan kedua-dua mereka. Di mana cinta dan kasih mereka berpaksikan wahyu Allah swt. Setiap ruang lingkup kehidupan mereka menjadi ibadah kerana didasari dengan ubudiah kepada Allah swtr dan hanya kerana Allah swt jua mereka bertemu dan bersama.
Kehidupan mereka dihiasi dengan mentelaah bersama, membaca Al-Quraan bersama dan setiap pagi 'sarapan'mereka adalah Al -MAthurat bersama-sama mereka hayati sebelum meneruskan aktiviti yang lainnya pada hari tersebut. Alangkah indahnya...Kesemua ini dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan yang amat di perlukan dalam melayari bahtera rumahtangga.
Perkahwinan juga adalah salah satu tanda kebesaran Allah swt. Allah mencipta manusia adalah untuk bahagia juga.
Rummahtangga muslim adalah rumahtangga yang didirikan diatas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati kerana ALlah, saling menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar.
Rumahtangga muslim adalah rumahtangga yang anggotnya mampu bertahan, malah bahagia tinggal didalamnya kerana kesejukkan iman dan kekayaan keruhaniannya. Iman adalah tapak rumahtangga muslim. IMAN adalah tapak dasar yang memancar daripadanya semua nilai dan timbangan sebagaimana terpancar darinya manhaj kehidupan dalam masyarakat muslim.
IMAN juga yang memandu setiap gerak dan aktiviti, emosi dan perasaan dalam konteks ibadah kepada Allah, yang menjadi tujuan setiap aktiviti kemanusiaan dalam hati seorang muslim di dalam menjalani hidupnya.
Aku berniat untuk menjadikan wanita ini sebagai sebahagian amal perbuatan baikku dihadapan Allah swt. Sisa umurku yang ada pasti segera kan berakhir, namun amal baik akan tetap kekal dan abadi.
Alhamdulilah hanya setakat ini yang dapat dicoretkan insyAllah jika ada kemampuan akan cuba disambung semuala penulisan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment