Wednesday, May 19, 2010




Buat Mu Ibu

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,

Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu yang telah terkorban,
Tak dapat ku balasi akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu,

Ibu...Kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurgaku,

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan,



Kasihanilah Tuhan,
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahgia ibu di dunia,
Dan di akhirat sana,

Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan,
Ibu dengarlah rintih hatiku.... Untukmu ibu....



Ikhlas dari anakmu,
chomil
.............................................






Petua...

Assalammaualkum...
Bertemu kembali.
Anak-anak yg di kasehi kerana Allah swt jua
Di sini ibu ada sedikit petua. Terjumpa catatan-catatan ini hendak dideletkan sayang lalu ibu memgambil kesempatan utk di abadikan di dlm blog ini.

Marilah kita renungkan bersama semuga ianya dapat membantu kita dlm menjalinkan ukhwah sesama kita.InsyAllah...

PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN ANTARA INDIIVIDU.

1. Rajin memberi salam atau ucap selamat.
2. Bersedekah dengan senyuman.
3. Peramah dan rajin bertegur sapa.
4. Menerima sesiapa sahaja tanpa syarat.
5. Bersikap dan berfikiran positif.
6. Tidak mempunyai prasangka buruk terhadap orang lain.
7. Lebih mendengar semasa berkomunikasi.
8. Beri tumpuan bila bercakap dengan orang.
9. Kekalkan jarak proksimik bila berkomunikasi.
10. Jangan lokek beri pujian yang ikhlas.
11. Orang berbudi kita berbahasa ( contoh: terima kasih )
12. Bila berjabat tangan biar erat. Lebihkan dahulu menghulurkan tangan dan
terkemudian melepaskan tangan.
13. Elakkan daripada bertengkar. Menang atau kalah, tetap kalah.
14. Boleh bergurau dan menerima gurauan.
15. Jangan melulu mengkritik orang. Jika perlu mengkritik, biar beralas.
16. Elakkan daripada mengiat atau memperli.
17. Fokuskan perbualan pada domin afektif.
18. Elakkan daripada banyak menceritakan tetang diri sendiri bila berbual.
19. Jangan memperbodoh-bodohkan orang lain yang diajak berkomunikasi.
20. Jangan jatuhkan maruah orang walaupun di tempat sunyi.
21. Kekalkan kontak mata bila berkomunikasi.
22. Jaga bau badan dan pakaian.
23. Elakkan daripada memakai minyak yang keras baunya.
24. Merendah diri.

Semuga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Allah. Amin...

Tuesday, May 18, 2010

Sesuatu yg kita tak suka..sebenarnya banyak pengajaran..muga2 Allah sentiasa memberikan kita kelapangan jiwa utk menerimanya...tabah..sabar..reda..dan sentiasa bersangka baik dgn Allah swt.amin...

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
- Imam Al Ghazali

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada yg dapat menolak takdir (ketentuan Allah) kecuali doa dan tdk ada yg dpt menambah umur kecuali berbuat kebaikan."

Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Nabi Muhammad saw. berkata, "Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yg kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan." Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Al-Quran: Al-Baqarah:45-46)


Tuesday, May 4, 2010

Hati yang sekeping ini...


Salam penuh kasih sayang dan kerinduan buat buah hatiku sekelian...sesungguhnya semuanya kerana Allah jua.

Wahai anak-anak remajaku...
Kalianlah buah hati ayah bonda yang Allah swt kurniakan kepada kami semua.
Mudah- mudahan Allah memilih kalian sebagai mujahid dan mujahidah...amin...

Anak-anakku sayang...
Allah kurniakan kalian tenaga dan kekuatan. Pergunakanlah sebaiknya bagi meraih reda Allah swt. Sedikit yg kalian peruntukan jika semata-mata untuk meraih reda Allah swt pasti Allah perhitungkan...

Wahai para remaja yang di kasehi Allah.
Kamulah tunggak,pendokong dan penerus kerja-kerja kami seterusnya. Pada kalianlah kami wakafkan tanggungjawab yang besar itu. Persiapkankanlah diri kalian.
Binalah dan permantapkanlah hubungan dengan Allah swt semantap-mantapnya.

Wahai anaknda sekelian...
Bagi memantapkan hati,beberapa ramuan diperlukan. Antaranya adalah ilmu, mujahadah dan zikrullah. Ilmu yang berdasarkan Quraan dan sunnah memastikan landasan yang dilalui bagi membersihkan hati tidak tergelincir dpd landasanya.

Imam Abul Latih as Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan lima penawar yg dapat membersihkan hati iaitu:
1. Bergaul dgn org-org yg salih.
2. Sentiasa membaca Al quraan.
3. Memelihara perut dpd makanan haram.
4. Melakukan solat malam.
5. Selalu berzikir dan berdoa kpd Allah terutamanya semasa waktu subuh.

Semuga dgn berbekalkan amalan-amalan ini menjadi jambatan penghubung ukhwah antara kita dgn Allah swt.Amin...
Semuga dapat bertemu lagi di lain masa dan ketika.
Wassalam..

Monday, April 26, 2010

Doa...


Assalammualaikum..
Kembali menemui anak-anakku yang dikasehi kerana Allah jua.
Di sini terdapat sedikit doa buat penawar hati ini yang sedang diuji dengan sedikit kepayahan kerana bertugas di tempat yg jauh.Kekadang terasa berbagai rasa yg sukar digambarkan. Semuga Allah swt mengurniakan diri ini ketabahan, kesabaran dan menerimanya dgn penuh keredaan. Muga-muga ianya juga menjadi kafarah dlm menghapuskan dosa-dosaku..

Wahai anak-anakku...
Ambillah iktibar darinya...sesungguhnya kita sentiasa didalam pengujian Allah swt untuk melihat sejauhmana kesabaran dan keikhlasan kita dlm menerima takdir Allah swt ini.

Wahai diri...
sabar...tenang...dan redalah...sesungguhnya ujian ini pasti akan ada titik penamatnya. Allah padaMU ku pohonkan kesabaran....

Wahai orang yang bersedih,
ketahuilah...
bahawa kesedihan itu ada jalan keluarnya.

Bergembiralah dengan kebaikan,
kerana yang memberi jalan keluar adalah Allah.

Putus asa terkadang bisa membunuh pemiliknya.
Ya Allah jauhkan diri ku dari sifat ini...
Wahai diri...jangan sesekali berputus asa,
kerana yang mencukupkan adalah ALLAH.
ALLAH menjadikan kemudahan setelah kesulitan

Wahai diri...
ALLAH menjadikan kemudahan setelah kesulitan

Wahai diri...
Jangan sesekali berkeluh kesah, kerana
yang menjadikannya adalah Allah.

Jika engkau diuji, yakinlah kepada Allah dan ridhalah kepadaNYA. Sesungguhnya yang menghilangkan ujian hanyalah Allah.

Demi Allah, tiada seorang pun yang dapat menolong mu selainNYA.

Oleh itu sedarlah wahai diri...
Cukuplah ALLAH bagimu dalam setiap keadaan.

Wahai anak-anakku...
Marilah sama-sama kita pertingkatkan pergantungan kita pada Allah swt.
Semuga kehidupan kita sentiasa didlm rahmat dan kasih sayang Allah swt jua.
Hingga bertemu lagi.Wassalam...

Thursday, April 22, 2010

Allah sayang kamu


Assalammualaikum....
Salam kasih sayang kerana Allah jua moga berpanjangan hingga kita ketemu Allah kelak, amin..
Sesungguhnya dengan ikatan iman dan kasih sayang Allahlah yang dapat mempertautkan hati-hati kita dlm mencari RedaNya.

Tiada yang lebih berharga melainkan nikmat Islam dan Iman yang Allah beri pada kita semua. Semuga kita termasuk golongan tersebut dan sentiasa memelihara nikmat yang satu-satunya ini.

Anak-anak yang ku kasehi kerana Allah jua..
Ketahuilah...betapa kasihnya ibu kepada kalian...tetapi Allah lebih-lebih lagi menyayangi kalian.Oleh itu janganlah berkecil hati dan bersedih. Ketahuilah, Allah dekat denganmua, Allah mendengarmu, melihatmu, dan mengetahui semua keadaanmu. Dan Dialah Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mulia. Jika engkau berdoa kepadaNya, ia akan mengabulkan. Dan sering Dia memberi sesuatu tanpa kita minta. Maka, berbaik sangkalah kepada Allah swt dan yakinlah bahawa Dia selalu bersamamu, melihatmu, dan mendengarmu. Dia lebih sayang kepada kita dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Rasulullah saw melihat seorang ibu yang kehilangan anaknya, kemudian ia menemukannya. Ia peluk anaknya erat-erat. Rasulullaha saw bertanya, "Mungkinkah wanita ini melempar anaknya ke api?" Sahabat menjawab, "Tidak." Lalu Rasulullah saw bersabda, "Allah lebih sayang kepada para hamba-Nya daripada sayangnya wanita ini kepada anaknya."

Marilah kita sama-sama sentiasa mengingati Allah swt walau dimana pun.Moga Allah juga sentiasa dekat dengan kita. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, Allah berfirman;
"Aku dalam persangkaan hamba-Ku dan aku bersamanya di saat ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku; dan jikalau ia mengingat-Ku dalam suatu kumpulan, maka Aku mengingatnya dalam suatu kumpulan yang lebih baik. Dan jika ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta; dan jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka Aku mendekat kepadanya satu depa; jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari;...
(Hadith Riwayat Muslim)

Oleh itu anak-anak yang dikasehi sekelian,
Marilah kita sibukkan hati-hati kita dengan Allah dan berpalinglah dari kesibukan yang lain-lain yang melekakan.Rasulullah saw ada menyebutkan beberapa golongan manusia, di mana Allah menaungi mereka di saat tiada naungan selain naungan-Nya, maka Rasululullah saw maksudkan salah satu golongan di antara golongan itu adalah, "Dan seorang yang ikhlas mengingati Allah sehingga air matanya bercucuran."

Subhanallah...Maha suci Allah, Yang Maha MUlia lagi Maha Agung, Rabb kita yang selalu mengingat kita ketika kita mengingati-Nya.

Akhir kalam...semuga kita menjadi pilihan Allah untuk sentiasa mengingatinya dengan setulusnya dan penuh keikhlasan.Amin...

Dipetik dari Buku "Allah Sayang Kamu" oleh Dr. Abdul Muhdi Abdul Hadi.

Tuesday, March 30, 2010

Kerinduan...


Assalammualaikum...wt. wbt.
Anak-anak yg dikasehi kerana Allah jua.
Alhamdulilah dengan limpah rahmat dan kasih sayang dari Allah swt. akhirnya dapatlah jua bertemu semula di dalam blog ini. Sememangnya teramat rindu utk mencoretkan apa yg ibu rasai kini. Semuga sedikit perkongsian ini kita sama-sama beroleh reda Allah jua. Kerinduan juga adalah satu nikmat dan limpahan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Semuga kita dapat memanafaatkan rasa kerinduan itu utk mengeratkan lagi kasih sayang kita kerana Allah jua.

Anak-anak yg dikasehi...
Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah swt. agar kita sentiasa di dalam perhatian dan pemeliharaanNya jua. Oleh itu di sini ibu ingin kongsikan doa tersebut. Doa ini ibu dapat dari Blog Jiwa Positif, marilah kita sama-sama amalkan semuga Allah memudahkan kita melayari kehidupan yg fana ini.

"Ya Allah, ampunilah kami, Ya Allah".
"Ya Allah, rahmatilah kami, Ya Allah".
"Ya ALlah, cukupkan keperluan kami, Ya, Allah".
"Ya Allah, angkatlah darjat kami, Ya, Allah".
"Ya Allah, murahkan rezeki kami, Ya Allah".
"Ya Allah, sihatkan kami, Ya Allah".
"Ya Allah, murahkan rezeki kami, Ya Allah".
"Ya Allah, maafkan kami, Ya Allah".

Anak-anak yg dikasehi sekelian...
Marlah sama-sama kita berdoa,
InsyAllah hingga bertemu lagi.Wassalam...