Saturday, June 26, 2010
Puisi-Percubaan
Percubaan.
adakah hidup ini
satu percubaan
atau satu kebetulan
atau satu perjalanan
atau satu kewajipan
atau satu penitian
atau satu pemilihan
antara dua pilihan
kebatilan atau kebenaran
maka pilihlah
Wahai Robb...
bimbinglah
tuntunlah daku
untuk satu pemilihan
jitu,tepat sebagai kehendak Mu
Agar nanti ku bisa menjadi umat pilihan
ameen...
Tuesday, June 8, 2010
Doa Wanita.
Assalammualaikum wt, wbt...
Selamat bertemu kembali setelah lama juga menyepikan diri.
Mencari kekuatan, keikhlasan, kesabaran dan keredahaan...moga-moga Allah memperkenankan doa-doaku ini sesungguhnya Maha Penyayang dan Maha pengasihnya Allah.
Ya Allah...pada Mu jua ku pohonkan pengharapan...
Anak-anak yang dirindui...
Mari ke sini, ibu kongsikan apa yang ibu ketemukan, moga ianya dapat menyuntik sedikit kekuatan buat hati-hati kita semua.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
Hargailah perjalanan hidupmu itu walau bagaimanapun keadaannya kerana menghargai itu sebenarnya adalah bersyukur dan bersyukur itu adalah berserah iaitu berterima kasih kepada Allah SWT disamping menerima apa yang telah ada dan berusaha mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)